Khamis

Randy Pangalila-Tak perlu besarkan isu permit..


Pelakon remaja Indonesia, Randy Pangalila berkata isu yang mempertikaikan kedatangannya untuk berlakon di negara ini disebabkan faktor salah faham oleh pihak tertentu.

Randy atau nama sebenarnya Randy Dionisius Pangalila, 22, berkata, sebagai pelakon asing yang mencari peluang lakonan Malaysia, dia enggan memberikan ulasan lanjut atau membesarkan isu terbabit.
"Isu itu timbul kerana salah faham dan komunikasi pihak tertentu. Saya tidak mahu bercerita lanjut kerana ia akan memburukkan keadaan sahaja.


Mengulas pertikaian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi tidak lama dulu mengenai kehadirannya yang diberikan program khas pada Hari Raya lalu iaitu Randy! Oh My Raya yang mungkin dilakukan tanpa mengikut prosedur yang betul.

  • "Sebagai pelakon asing, saya begitu menekankan aspek permit dan peraturan untuk berlakon di sini. Sebelum memulakan penggambaran lagi, saya sudah memenuhi semua keperluan itu," katanya.















Jangan berperasangka buruk  - Michael Ang
Sementara itu Pengarah dan penerbit drama Michael Ang berharap semua pihak tidak buruk sangka terhadap Randy Pangalila yang ditawarkan berlakon dalam banyak drama arahannya.Katanya, tawaran dalam beberapa projek termasuk drama Dalam Hati Ada Taman adalah strategi perniagaan berdasarkan respons dan permintaan terhadap aktor itu di negara ini.
  • "Saya harap jangan ada pihak yang salah faham atau buruk sangka dengan keputusan saya. Saya menawarkan peluang lakonan kepadanya dalam projek-projek saya atas strategi perniagaan.
  • "Sebagai penerbit, tentulah saya perlu melihat formula yang berkesan untuk karya-karya saya. Kebetulan, Randy digemari ramai di sini, jadi mengapa tidak saya menggunakan formula itu.
  • "Soal mengagungkan atau memberikan tawaran kepada pelakon luar tidak timbul kerana saya juga membuka peluang kepada ramai anak seni tempatan selama ini," katanya

Selain Randy dan Elfira Loy, drama bersiri 13 episod itu turut dibantu Amy Mastura, Riezman Khuzaimi, Liza Abdullah, Didie Alias, Amar Asyraf dan Hanez Suraya.

--> kredit to WAHIDUZZAMAN







Tiada ulasan: