Khamis

Mario Balotelli : memakai seluar dalam warna ungu

Ibiza, Spain: Penyerang sensasi kelab Manchester City Mario Balotelli bersantai di apartmentnya di Ibiza.




Beliau dipercayai  dibayar di sekitar £ 120,000 seminggu bagi perkhidmatan di Manchester City, dan kelihatan seperti Mario Balotelli mencuba untuk melancarkan gaya hidup yang baru. Penyerang yang mempunyai sikap yang berubah-ubah sedang menikmati cahaya matahari di luar apartmentnya. 

Rabu

Cara artis terkenal berpakaian promosi filem dan minyak wangi

Promosi filem vs promosi 'perfume'..artis terkenal...apa kejadah cara si LG tu...hancurrrr.....

    Baru-baru ini , pelancaran tayangan perdana filem Batman "The DarkKnight  Rises" di New York di hadiri oleh pelakon2 utama dan yang menarik perhatian pelakon Anne Hathaway (29)-Cat Women, berpakaian yang menampakkan pakaian belakang terbuka dan seksi di hadapan. 

Pakaian-pakaian begini sudah menjadi kebiasaan bagi artis-artis barat tetapi jangan artis-artis tempatan yang menggunakan pakaian begini waktu apa-apa majlis besar.Alamatnya akan kena kutukan, cacian daripada peminat.....( sebulan pun tak habis cerita pasal perihal begini....)...Lihatlah foto yang dipamerkan.



        Pada foto ini pula adalah daya kreativiti sendiri daripada Lady Gaga yang berusia 26 tahun bagi mempromosikan minyak wangi jenama "Fame"..cecair warna hitam.. mak oii...langsung takde seurat benang pun dan hanya ditutupi oleh 'orang-orang kecil' yang mengelilingi badannya. Lady Gaga seperti mana yang kita ketahui suka menggunakan pakain yang pelek-pelak sampai tak masuk akal pun...seperti pakaian dari 'daging hidup' dan banyak lagi. 

Ini pula cara dia mempromosikan jenama minyak wangi atas ideanya sendiri....gila betul dia nie....Menurut sumber, Lady Gaga sendiri berasa sedikit gementar apabila berkongsi idea dengan orang lain...pandai gelabah jugak dia  ye..Renato Semerari, presiden Kecantikan Coty, berkata: 'Beliau adalah seorang artis yang tidak pernah berpuas hati dengan status quo - dia sentiasa mempunyai cara untuk mencabar semua orang dan cuba melakukan sesuatu yang lebih, sesuatu yang berbeza.. 

Dalam promosi minyak wangi Fame ini  juga terdapat ayat-ayat penarik Lady Gaga iaitu "Fame is an illusion - if you really want it, anyone can have it". Lihat foto iklannya....Ini bukan edit ye, tapi adalah  foto ori daripada  photographer Steven Klein.





Ahad

Ratu Elizabeth mengelak menganugerahkan Pingat Kesastriaan kepada Mick Jagger

'Tidak patriotik dan membawa pengaruh buruk kepada adiknya"- Mengapa Permaisuri Elizabeth enggan menyerahkan Mick Jagger pingat kesatriaan kepada beliau....


Rolling Stone, Sir Mick Jagger bergambar selepas menerima kesatria beliau (bersama dengan dia adalah bapanya, Joe, dan anak-anak perempuan Elizabeth (kanan) dan Karis, memegang pingat kesatria)
         Beliau pernah disebut sebagai 'ketua ahli sihir' - memeranjatkan bahawa Ratu nampaknya mengelakkan diri memberi Mick Jagger ( Michael Philip Jagger ) darjat atau pingat kesatria  kerana beliau menyangka bahawa Mick adalah calon yang tidak sesuai.

Sebuah buku baru yang diterbitkan mendakwa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Permaisuri 'tidak mempunyai hati perut' untuk menyerahkan anugerah itu kepada penyanyi pada tahun 2003 pada  pandangan yang anti-establishment.


     Ratu Elizabeth juga tidak suka hubungan bintang Rolling Stones dengan adiknya, Puteri  Margaret, dan dalam pemikiran Ratu , Mick telah menggunakan adiknya untuk populoriti sosialnya
     
    Maka Ratu Elizabeth bertanya kepada Putera Charles untuk memberi Mick Jagger Pingat kesatriaan dan bukannya mengikut tuntutan Mick dalam " Hidupan Liar dan Genius Mad" daripada Jagger.
Dalam biografi, yang telah dikeluarkan di Amerika Syarikat semalam, pengarang Christopher Andersen menulis bahawa Ratu sengaja dijadualkan bagi suatu pembedahan untuk mengeluarkan rawan dari lutut kirinya sehari sebelum Jagger menerima penghormatan tertinggi di muka bumi.
    Andersen merasakan terdapat banyak sebab Ratu tidak mahu memberikan Jagger, yang mempunyai tujuh kanak-kanak oleh empat wanita, salah satu daripada kepujian tertinggi di muka bumi.


Ak- kalau dah orang tak mahu tu,.. ada2 saja cara nak mengelak...cthnya ,..sakit perutlah..tidurlah...poning kepalo...terutamanya yang datang tu peminta hutang...hii..hiii




Jumaat

Penjelajah Masa :Lelaki Dari Masa Hadapan 2256



Berasal dari tahun 2256..... !



        Pada tarikh 28 Januari 2003, Seorang lelaki bernama Andrew Carlssin ditahan oleh FBI atas permintaan SEC (Security and Exchange Commission) untuk disoal siasat atas kecurigaan melakukan insider trading. Kecurigaan itu bermula ketika SEC mengetahui bahawa Carlssin berjaya meningkatkan portfolionya yang bernilai $800 menjadi  $350 juta hanya dalam masa dua minggu. Dalam siasatannya di hadapan FBI, Carlssin yang berusia 44 tahun memberikan penjelasan yang luar biasa bagaimana dia mendapatkan kekayaannya tersebut. 

Ahad

Kareena Enggan Menukar Agama Setelah Kahwin


Nak kahwin jer.. : -lain negara lain pulak caranya .....
















Aktres Kareena Kapoor yang bakal menamatkan zaman bujangnya  dengan pelakon Saif Ali Khan pada 16 Oktober ini memutuskan tidak memeluk Islam.
Kereena juga dilaporkan tidak akan menukar namanya dan mahu kekal dengan nama asalnya tersebut.
Saif Ali sendiri menjelaskan dia tiada masalah untuk menerima Kareena dengan agama asal aktres tersebut dengan alasan menhormati agama lain.
“Saya tidak mahu paksa dia untuk menukar agamanya. kalau boleh saya mahu kerajaan meminda  undang-undang  terutamanya Akta Perkahwinan Kasta agar sesiapa yang hendak berkahwin tidak perlu menukar agamanya” ujar Saif Ali kepada Mail Today
Sebelum ini kesemua perkahwinan  berlainan agama dalam keluarga Pataudi memerlukan pengantin wanita untuk masuk islam bagi upacara akad nikah
Ibu Saif Ali sendiri,  Sharmila Tagora yang merupakan keturunan Banggali  memeluk islam untuk bernikah dengan ayah saif Ali, Mansur Ali Khan
Sharmila yang juga pelakon itu turut meempunyai nama islam iaitu Ayesha Begum selain mengunakan nama asalnya.
Majlis perkahwinan Saif Ali  dan Kareena  akan diadakan di istana  Pataudi. bagaimanapun pihak mengantin belum memutuskan sama ada untuk melakukan majlis mengikut tradisi hindu atau syariat islam....

Rabu

Aaron Dan Syamsul bergaduh....????


Asyik gaduh jer....apa hal nie...?








Pelbagai cerita sekarang kita dah dengar dari media2 canggih...gaduh sana sini dalam twitter, facebook, majalah dan sebagainya....Sekarang heboh pulak dengan berita Aaron buktikan nama sebenar,, Syamsul senyap sepi..dan yang terbaharu pula , mereka berdua nie pulak sibuk Aaron Aziz dan Syamsul 'bergaduh' dalam facebook...isshhh...ishhh..isshhh....

Tak caye, cuba lihat dalam post facebook nie....
Dialog gaduh mereka berdua..

Suspen....!!!! .Untuk pengetahuan umum, 'pergaduhan' mereka nie hanyalah lakonan babak dalam cerita KL Gangster 2 yang akan ditayangkan nanti..tapi tak tahu bila pulak tarikh tayangannya...Filem pertama KL Gangster dulu telah mendapat hasil kutipan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM12 juta...adakah filem KLG2 nie akan dapat mencecah angka 12 juta....kita tunggu saja nanti....


http://infoterkiniterbaharuterpanas.blogspot.com/

Syapp..siattt...waachhaaa...





Greeerrrrr......

Selasa

Anzalna Nasir mohon maaf pada Neelofa....damai

Damai...damai...akhirnya...

"Dan dengan ini saya sekali lagi memohon maaf pada Neelofa..saya tak nak benda nie berpanjangan kerana ia akan mengaibkan ramai orang...." kata-kata Anzalna



       Perselisihan faam antara 2 pelakon ini akhirnya berkesudahan dengan pengakuan maaf daripada Anzalna pada Neelofa pada majlis rasmi di Hotel Royal Bintang disaksikan kedua-dua peguam mereka. Anzalna juga sanggup memenuhi kesanggupan bersyarat dalam perjanjian tersebut...tak tahu apa benda syarat2 mereka tu...bagi artis2 baru sekarang, berhati-hatilah mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan kalau tak ada bukti yang kukuh.....silap2 saman menyaman jadinya..

.
 Rujukan sumber Harian Metro:

http://www.youtube.com/watch?v=0CHohFc1muA&feature=player_embedded

Isnin

Nama sebenar Aaron Aziz...!!

Aaron Aziz buktikan nama sebenarnya...bukan Mat Haron..

Aaron Aziz

        Baru-baru ini kita dihangatkan dengan nama sebenar Aaron Aziz tersebar dalam internet dan bagi mengesahkan hal tersebut, tuan punya badan terus membuktikan perkara sebenar. Aaron Aziz menunjukkan nama sebenarnya pada ic nya untuk membuktikan bahawa nama sebenarnya adalah Aaron Mustapha Bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa...ic tersebut telah diedit menurut Aaron. Beliau mendedahkan semua ini kerana nama tersebut (Mat Haron ) menjadi bahan lawak dan menghangat berita di internet. Dengan pembuktian tersebut,(ic sebenar), ianya akan dapat membersihkan namanya. Opppps...sekarang nie  Aaron Aziz dan jadi warga Malaysia..Bertambah hangatlah industri perfileman negara. Majulah seni perfileman negara...