Pengembara Masa Hadapan 2036 - John Titor...Siapa ?
Dalam artikal yang lepas AK ada menceritakan penjelajah masa iaitu Andrew Carlssin dari tahun 2256. Rujuk laman berikut :http://aljukimong.blogspot.com/2012/07/penjelajah-masa-lelaki-dari-masa.html
Baru ini terdapat lagi seorang lagi pengembara dari masa
hadapan. Kini dikatakan pada dua belas tahun lalu, muncul sebuah topik tentang
seseorang yang mengaku sebagai penjelajah masa
telah menggoncang forum-forum internet. Ia menggelarkan dirinya sebagai John
Titor iaitu seorang tentera AS pada tahun 2036, yang membawa misi
khusus melintasi masa untuk ke zaman 1975 Demi mengambil dan menyelamatkan komputer
portable pertama di dunia IBM 5100. Ia menjadi lagenda di dunia
maya, kerana informasi yang diberitahunya mengenai masa depan (Abad 21)
sebahagiannya telahpun dibuktikan benar-benar terjadi. Dan ketika pada awal
2001, John Titor kembali ke zamannya iaitu era 2036.
Informasi yang dibawa oleh John Titor itulah yang sangat
menggemparkan dunia maya kerana telah pun berlaku satu persatu seiring dengan
perjalanan masa. Apa yang diperkatakan olehnya mulai terlihat kebenarannya. Untuk makluman semua, sekarang terdapat 10 orang yang telah mengaku sebagai penjelajah masa.
Siapakah John Titor? Beliau
mendakwa bahawa telah lahir pada tahun 1998 di Florida, AS dan beliau juga
mendakwa bahawa telahpun berjaya menjalankan misinya untuk kembali ke tahun
1975 demi mengambil PC IBM 5100 kerana PC itu memiliki program bahasa
unik yang tidak pernah lagi digunakan pada komputer generasi sesudahnya.
Menurut John, semua sistem unik akan menghadapi “time error”pada tahun 2036 dan disebabkan itu IBM 5100 itu sangat penting bagi mereka. Ketika perdebatan hangat itu sedang terjadi tentang kebenaran kewujudan pengembara masa, pernyataan John Titor kemudian diakui kebenarannya oleh pihak IBM. Mereka kagum kerana ketika PC IBM 5100 sedang dicipta pada tahun 1975, hanya 5 orang sahaja yang berkemampuan untuk memecahkan bahasa unik pada komputer itu. Maka dari manakah John dapat mengetahui rahsia itu?
John mengakui mesin masa yang digunakannya adalah daripada model C204 iaitu sebuah mesin masa ciptaan mini dengan kapasiti muatan 3 orang untuk merentasi masa. Mesin itu adalah hak milik tentera AS pada tahun 2036, dan kewujudan mesin masa pada zaman itu bukanlah dilihat sebagai suatu barang pelik walaupun ia dianggap sangat eksklusif. Model lain yang lebih besar adalah daripada jenis C206 buatan General Electric (GE) yang mampu memuatkan penumpang sehingga 7 orang dalam satu-satu masa. Mesin ini hanya mampu membawa mereka maksimum 60 tahun ke masa silam dengan kecepatan 10 tahun per jam!
Walaupun misinya adalah ke tahun 1975, namun John Titor singgah sebentar ke tahun 2000 iaitu pada 2 November 2000 hingga ke 24 March 2001 untuk urusan peribadinya iaitu melawat ahli keluarganya untuk beberapa bulan. Setelah itu beliau kembali semula ke tahun 2036 dengan meninggalkan sejumlah maklumat penting tentang masa depan!
Di antara maklumat-maklumat yang
telah diberitahu oleh John Titor di dalam forum internet yang dikunjungilah
adalah:-
1. Prinsip asas mesin masa itu telah diusulkan oleh CERN iaitu
sebuah asosiasi riset partikel atom dan nuklear dalam 20 negara Eropah yang
berpusat di Geneva, Swiss.
2. Kejadian 9/11
3. Serangan ketenteraan AS ke atas Iraq dengan alasan terdapatnya
senjata pemusnah besar-besaran.
4. Bencana besar yang memusnahkan ratusan ribu nyawa pada akhir
tahun 2004 - Acheh Tsunami.
5. Terjadinya perlanggaran meteorit di atmosfera bumi
daripada objek dari luar angkasa selama lebih daripada satu dekad di
bumi. Fakta: NASA dan beberapa badan astronami pelbagai negara lainnya ada
melaporkan tentang sebuah kejadian hujan meteor dan perlanggaran meteorit ke
dalam atmosfera bumi yang dimulakan dengan kehadiran komet yang melintasi bumi
pada tahun 1998 yang telah memperlihatkan cakaran hujan meteor yang dijangka
terus berlaku hinggalah ke tahun 2032.
6. Alien dan UFO yang masih juga terus menjadi misteri pada
zamannya . Tetapi pemahaman tentang mahluk luar angkasa itu didakwanya semakin
boleh diterima akal akan kewujudannya. Beliau mendakwa alien juga barangkali
adalah pengembara masa dari dimensi atau galaksi lain kerana beliau membuat
andaian bahawa jika manusia mampu merentasi masa sepertimana dirinya maka
adalah tidak mustahil terdapat makhluk lain yang lebih maju dan kehadapan
teknologi dan ilmu sainsnya untuk berbuat sepertimana yang dilakukan
manusia.
7. Ramalan kalendar suku kaum Maya yang dijangkakan akan
berlaku kiamat pada tahun 2012 sama ada ia adalah benar atau tidak berlaku. Akhirnya
beliau menyifatkan bahawa sememangnya akan terdapat fenomena yang luar biasa
dan unik serta aneh pada tahun 2012 dan
8. Perang Dunia III akan terjadi dengan hebat pada tahun
2015. Serangan senjata nuklear yang menjadi sebab utama terjadinya perang
dunia ketiga itu yang menyebabkan bumi mengalami kerosakan teruk seperti
berlakunya pencemaran radioaktif hinggakan kehidupan pada masa depan adalah
sangat membebankan dengan sumber makanan sihat yang sangat terbatas, stok air
bersih yang minimum, dan cara jalani kehidupan yang amat susah akibat daripada
kekurangan beberapa barangan asas.
Ini hanyalah sebahagian daripada
informasi yang dikhabarkan oleh John Titor dan telahpun terjadi beberapa perkara . John Titor mengucapkan selamat
tinggal untuk kembali ke tahun 2036 di forum internet. Masih terdapat banyak
lagi informasi lain yang disampaikan John Titor. Walaupun ada yang mengesyaki
bahawa maklumat ini mungkin sahaja hanyalah sebuah cerita hoax namun maklumat-maklumat
tentang masa hadapan yang telah disampaikan oleh John Titor telahpun disahkan
benar-benar terjadi.
Ditambah pula dengan kehadiran
campur tangan agen rahsia pemerintah AS yang ingin memburu John Titor justeru
itu telah membuatkan ramai orang mempercayai bahawa kewujudan John Titor adalah
benar. Beberapa orang saksi yang mendakwa pernah bertemu dengan John Titor
mengakui mereka diinterogasi @ disoal siasat oleh agen-agen rahsia AS. Keluarga John Titor juga
dilaporkan telah bergegas untuk berpindah rumah sebelum badai besar melanda
Florida pada tahun 2001. Mungkin mereka sudah diberitahu John Titor tentang
akan terjadinya badai tersebut. Dan pada masa kini maklumat seluruh keluarga
John Titor telahpun dirahsiakan.
John Titor juga menyatakan bahawa
apa yang dilakukannya ketika kembali ke masa lalu tidak akan sesekali merubah
masa depan pada zaman yang dihuninya. Menurutnya kehidupan pada tahun 2036
adalah berada pada suatu dimensi yang berbeza dengan dimensi yang kini sedang
kita huni.
kredit : Shah- melayukini.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan