Ahad

Zed Zaidi: Randy Pangalila kerja ikut prosedur ke.?

Presiden SENIMAN Malaysia

Zed 



Zaidi...

Cerita Panaass.....


-mempersoalkan samada pihak yang bertanggungjawab atau Randy Pangalila ikut prosedur bila Randy shooting telefilem di Malaysia..!



-(Astro nak untung, buat iklan,ulangan kerap kali, banyak rancangan ulangan raya tahun lepas..royalti artis ada..?)



Tweet Zed

Panas...memang panas lagi..setelah hal kontroversi kemenangan Aaron Aziz dipersoalkan dulu oleh Zed Zaidi kerana Aaron Aziz artis  luar masa itu,(sekarang dah sah rakyat Malaysia), timbul kes artis dari tanah seberang Indonesia pula...adoiii.. adakah sengaja nak cari publisiti..?Anda nilai sendiri...


Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mempersoalkan status samada pelakon dan penyanyi remaja Indonesia yang terkenal , Randy Pangalila (22)  mempunyai permit kerja yang sah ketika berada dan berlakon di negara ini ketika program raya yang lepas  berjudul ‘Randy,Oh My Raya’ menerusi saluran Astro Ria.



Randy Pangalila
Elfira Loy







Hero vs Heroin

dalam telefilem

'Dalam Hati Ada Taman'






         Tindakan Zed tersebut telah menyebabkan Michael  Ang  selaku pengarah terasa atau berkecil hati akan kata-kata tersebut. Michael Ang yang juga telah mengarah telefilem ‘Biar Bintang Sampai Ke Bulan’ lakonan Randy dan Elfira  pada tahun lepas tidak menyangka Zed menulis perkara tersebut dalam twitter. Sekarang Micheal Ang baru selesai mengarah telefilem bertajuk ‘ Dalam Hati Ada Teman’ lakonan Randy Pangalila dan Nurul Elfira Loy yang mana akan disiarkan pada bulan Oktober nanti di saluran Astro Ria. Berikut adalah ulasan Micheal Ang atas kenyataan Zed.

Zed sepatutnya berjumpa atau menghubungi saya untuk bertanyakan tentang isu ini. Bukannya “main redah” saja nak buat kenyataan kepada media. Ia dilihat seolah-olah Zed terlalu mengejar publisiti. Bukankah lebih mudah jika dia bertanya kepada saya terus tentang status Randy. Boleh saja saya jelaskan kerana saya yang membawanya ke sini (Malaysia) untuk drama Biar Bintang Sampai Ke Bulan (disiarkan di Astro Ria pada tahun lalu). Saya enggan memberi kenyataan di sini sama ada Randy ada permit atau tidak. Dia boleh datang kepada saya dan tanya. Atau melainkan jika isu ini sudah besar, baru saya akan jelaskan perkara yang sebenar secara terbuka’ - kredit jomberita.com

Bukan saja kes Randy Pangalila, Zed juga mempersoalkan syarikat televisyen berbayar Astro yang telah menyiarkan iklan dalam rancangannya dan ulangan program, cerita berulang kali. Program raya juga ulangan tahun lepas, ujarnya. Zed juga menyentuh tentang bayaran atau royalti kepada artis...anda boleh baca sendiri tweet tu sendiri...


          

aljukimong.blogspot.com:Dalam pandangan AK ada juga kebenaran kata-kata Zed Zaidi. Beliau selaku Presiden Seniman ingin jugak nak tahukan....SENIMAN adalah sebuah persatuan yang memperjuangkan periuk nasi, masa depan dan nasib artis-artis tempatan. Tak salah ambil pelakon luar asalkan mengikut prosedur dengan betul. Ini akan menambahkan atau merancakkan industri perfileman dengan gabungan pelakon tempatan dan luar serta akan menguntungkan pelakon-pelakon sendiri.......yg penting kantung $$$ sentiasa ada dan penuh....Apa-apa pun terpulanglah kepada pembaca sendiri yang menilaikannya.




Tiada ulasan: