Rabu

Lawatan ke 2 Bercuti Di Sabah- Siri 2

  Lawatan ke Pulau  Mamutik       


     Dalam siri lawatan yang pertama lalu, hanyalah menerangkan perancangan hendak ke pulau-pulau di Sabah. Siri 2 ini akan menerangkan lebih lanjut lawatan ke pulau-pulau iaitu Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Gaya. Setelah persetujuan dibuat dengan pengendali bot, pada malamnya kami bersiap membeli barng2 yang perlu di bawa seperti barang makanan yang utama. Ini disebabkan ada rakan yang memberi tahu harga barangan seperti makanan dan air mahal di pulau-pulau tersebut, jadi kami bersiap sedia membeli keperluan. Yang aku mesti beli ialah telur dan air mineral. Telur akan direbus pada waktu pagi dan mudah sekali dibawa utk aktiviti seperti lawatan tersebut.
      Peralatan dan pakaian utk mandi memang awal dah dimasukkan kedalam beg dan aku tak akan lepas peluang untuk mandi di pulau2 tersebut. Pada tengah malam hujan turun agak lebat jugak dan aku risau taku2 hujan sampai keesokan hari dan pasti ombak besar dan akan membatalkan rancangan kami hendak ke pulau. Anak2 aku dan anak saudara aku memang bersemangat utuk ke pulau. Tiba keesokannya pada 7.30 pagi, kami berserapan dulu di kedai mamak yang terdapat di bawah apartment kami sebagai alas perut. Maklumlah kita takut kelaparan nanti dip pulau tersebut. Jam 7.50 pagi kami pun pergi ke jeti @ wap tersebut. Tak sampai 15 minit berjalan kaki dah sampai. Itu yang baiknya tinggal di Api-api Apartment di tengah2 bandar KK ni. Kami terpaksa menunggu lebih kurang 15 minit lagi untuk menunggu bot yang hendak membawa kami. Bot tersebut juga lengkap dengan alat-alat keselamatan seperti jaket kesel amatan, alat menyelam iatu google dgn salur penafasan sekali.
                                                                                                                                                                                          
Bot yang membawa pelancong ke pulau-pulau
Dalam gambar sebelah adalah bot yang membawa pelancong ke pulau-pulau yang berhampiran. Pada awalnya keadaan laut berombak agak kuat dan juga berasa khuatir hengak meneruskan perjalanan ke pulau. Maklumlah pergi bersama anak-anak yang masih sekolah rendah. Alhamdulillah air laut pun tenang dan  deruan angin pun tidak kuat. kami pun terus menaiki bot. Rombongan kami seramai 12 orang terus menempuh badai ombak.

Gambar sebelah menunjukkan pulau yang akan kami tuju. Masa untuk sampai ke pulau tersebut memakan masa hanya setengah jam kalau laut tenang. Pada permulaan perjalanan, bot kami melawan arus ombak dan melambung-lambung bot serta  hentakan bot yang agak kuat juga. Salah seorang anak saudara saya rasa tersentak dengan hentakan bot tersebut dan menangis.  Lagipun dia ada asma. Akhirnya kami mengarahkan bot agar di bawa perlahan. Aku pun terasa jugak hentakan bot tersebut. Alhamdulillah anak2 aku semua ok jer walaupun baru pertama kali mereka menumpang bot. Pulau yang awal sekali kami pergi adalah Pulau Mamutik. Ketika  boleh dikatakan kamilah orang pertama yang datang. Keadaan masih sunyi lagi tapi keindahan air laut yang jernih, biru dan kehijauan telah melalaikan aku. Memang cantik pemandangan sekeliling pulau Mamutik. Kawasan pantainya yang bersih. Apabila kami mandi, sudah ada pihak life guard yang menjaga. Keselamatan di kira terjaminlah.

Tanpa melengahkan masa aku, biras aku dengan anak2 serta anak2 saudara aku pun buka baju dan mandi. Sebelum itu kami juga menyewa bahan yang penting utk mandi iaitu lifejacket dan google. Sewanya murah hanya RM10 setiap satu pasang (lifejacket dan google) bagi semua lawatan ke pulau2 disitu daripada penyewa bot kami. Kami menyewa 3 lifejacket dan 3 google. Jumlah RM30 saja. Keselamatan mesti diutamakan.


Kejernihan air laut di pulau tersebut membolehkan kita melihat dengan jelas ikan-ikan di dasarnya. Aku pun juga mengambil kesempatan snorkeling. Memang agak lama aku tidak mandi di laut.Rasa seram2 juga apabila terkenang filem2 hollywood. Anak2 aku memang mandi sakan dia orang. Ketenangan di Pulau Mamutik dengan keindahan hidupan sekelilingnya membuat kami tidak terasa penat. Hampir lebih kurang satu jam setengah kami berada di Pulau Mamutik. Selepas itu kami bertolak ke pulau sebelahnya iaitu Pulau Manukan yang memang terkenal di kalangan pelancong tempatan

maupun pelancong asing... Sampai di sini untuk siri 2 Lawatan bercuti ke Sabah...tunggu nanti siri ke 3 lawatan ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi....Bye....















Sabtu

Lawatan ke 2 Bercuti Di Sabah- Siri 1

         Lawatan ke negeri dibawah bayu Sabah telah menampakkan perubahan yang ke ketara pada bandar Kota Kinabalu. Lawatan pertama pada tahun 1996 dulu tidaklah secara menyeluruh. Hanya sekadar melawat di Muzium Sabah/Budaya dan pasar Filipin yang terkenal dengan mutiara dan juga kawasan sekitar seperti Yayasan Sabah, Tanjung Aru dan tempat membeli belah. 
Jalan Tun Fuad Stephen
         Pada lawatan yang kedua baru-baru ini, memang banyak perubahan telah berlaku pada bandar Kota Kinabalu. Perjalanan kali kedua ini juga menggunakan jalan darat dari Miri ke Sabah. Passport mesti ada kerana ianya melalui negara Brunei Darussalam. Bermula dari Pos Sempadan Sungai Tujuh Miri hingga ke pos sempadan Limbang , seterusnya pos sempadan Temburung Brunei dan Lawas. Selepas Lawas barulah terus ke sempadan Sabah hungga ke Kota Kinabalu. Tak perlu diceritakan waktu perjalanan ke Kota Kinabalu. Kami bertolak secara konvoi dua buah kenderaan mpv jer ataupun dua keluarga dari pukul 8.30 pagi dari Miri dan sampai di Kota Kinabalu kira-kira pada pukul 5.30 ptg. Tempat penginapan dah kami tempah awal-awal lagi sebelum ke Kota Kinabalu yang diuruskan oleh anak saudara yang bekerja di Sabah. Kami tinggal di Apartment Api-Api Centre. Bayaran boleh dikira berbaloi juga iaitu RM200 sehari bagi apartment dua bilik. Lengkap dengan penghawa dingin, astro,perabut2, dapur, boleh dikatakan lengkap semuanya.Kami menetap selama 4 hari. Malam pertama kami makan di waterfront Sabah bersama dengan anak saudara yang bekerja di kota Kinabalu tetapi saya dan isteri saya tak sempat nak makan pasal anak ketiga meragam pulak...sakit perut yang amat sangat. Kena bawak ke klinik yang berada dekat dengan apartment dan bagi suntikan. Tak dapat ler nak rasa makanan kat tu...beli McDonald jer jwbya.
Centerpoint Sabah

Waterfront Sabah


              
Keesokkan harinya kami hanya pergi membeli belah di Centerpoint yang hanya bersebelahan dengan tempat tinggal kami. Habis kami keliling sampai kaki naik lenguh..perrgghh..Bermacam-macam yang ada di dalamnya. Awas..anda jangan hairan kalau anda didatangi penjual telefon  seperti telefon Samsung SIII, SII yang tiruan dengan harga yang murah. Kalau nak beli, tepuk dada tanyalah selera masing2. Mereka ini akan mendatangi pelancong2 sahaja. Telefon buatan China. Kalau tak nak, jangan nak layan kerenah mereka tu.biarkan saja..dan jalan terus.

         Selepas penat dari pusat membeli belah Centerpoint, kami pergi ke pasar tamu bersebelan pasar filipin. Kami nak mencari penyewa bot untuk kami ke pulau-pulau Manukan, Mamutik dan Sapi. Akhirnya kami dapat menyewa bot dengan harga yang berpatutan iaitu RM200-RM250 untuk pergi ke4 buah pulau termasuk Pulau Gaya, walaupun tak singgah ke Pulau Gaya. Ketika kami sedang berbincang dengan pengusaha bot sewa tu, kami didatangi oleh penjual2 jalanan seperti telefon, jam, cermin mata (konon perlu utk ke pulau-ultraviolet). Penjual2 tu tahu kami ni pelancong dan ramai mereka berusaha memujuk kami membeli barangan mereka. Ada daripada mereka menyangka kami dari Brunei kerana keturunan sebelah isteri saya memang keturunan Melayu Brunei tapi orang Miri. Ada seorg penjual tu mati2 menyangka kami orang Brunei walaupun dah diberitahu kami orang Sarawak. Saya akhirnya terkena jugak..terpaksalah membeli jam jenama palsu yang dijual dengan harga RM50. Selagi saya tak beli, penjual jalanan tu asyik memaksa dan seakan-akan mengugut pula bunyinya.... malas nak memanjangkan cerita...beli ajelah..... okalah ini untuk siri pertama ...ikutilah siri ke2, 3 dan 4 nanti....tunggu berserta gambar-gambar yang menarik...kalau ada silap tolong maafkan ya,,..





Rabu

Pilihan minyak wangi Diana Danielle

Masing-masing ada pilihan minyak wangi...anda semua tentu ada pilihan sendiri. Ini pula minyak wangi pilihan Diana Danielle...


Diana Danielle




                  Bagi wanita bekerjaya, sudah pasti anda mempunyai beberapa koleksi minyak wangi berlainan untuk dipakai ketika majlis-majlis tertentu dan juga ketika temujanji bersama kekasih.

Bagi selebriti popular tempatan, Diana Danielle turut berkongsi 5 haruman minyak wangi yang dipakai bagi menghadiri beberapa acara dan keraian berbeza. 

Temujanji petang lebih yakin dengan Channel Coco Mademoiselle
Memilih minyak wangi jenama Channel Coco Mademoiselle, Diana lebih yakin bertemu sang kekasih dengan memakai haruman ini ketika temujanji. Minyak wangi ini juga merupakan minyak wangi rasmi pelakon antarabangsa Kiera Knigtley yang menfokuskan elemen muda,aktif dan seksi sebagai bahan utama! 

Ralph Lauren Big Pony ketika bersukan
Walaupun ketika bersukan, Diana tidak tinggal untuk mengenakan haruman untuk menaikkan mood bersukan. Selebriti ini memilih haruman dari Ralph Lauren Big Pony sebagai pilihan ketika bersukan. Aktiviti yang sering dilakukan olehnya adalah berjogging. 

Dolce Gabana Light Blue ketika bersosial
Sebagai pelakon dan juga pengara popular, jadual Diana memang padat dengan jemputan dan juga majlis rasmi media. Untuk mengekalkan kesegaran, Diana memilih minyak wangi Dolce Gabana Light Blue sebagai pilihan ketika majlis rasmi kerja. Haruman ini merupakan antara pilihan ramai di dalam sejarah pembuatan minyak wangi keluaran jenama terkenal ini. Dengan harga yang murah memang, semua mampu memiliki minyak wangi kegemaran selebriti ini! 

J'Adore Dior penuhi temujanji malam
Untuk bersama kekasih atau pun memenuhi temujanji malam, Diana lebih selesa mengenakan haruman dari jenama Dior iaitu J'Adore Eau De Toilette dimana haruman bunga yang lebih manis menaikkan mood romantik Diana untuk tampil lebih yakin. 

Bersama teman rapat dengan haruman L'Eau Chloe
Haruman yang mampu mempamerkan pelbagai personaliti ketika lepak bersama rakan sudah pasti menjadi pilihan kepada Diana. Haruman campuran bunga-bungaan dan juga laici mempamerkan kekuatan Diana bersama rakan yang lain.




Anzalna dakwa Neelofa hiris perasaan...

Macam-macam kisah artis2 baru ni...kes2 lama pun dah keluar balik..agak2nya kalau tak glamour ..nak tak dia org komplen sini sana ya...Itu  terpulanglah pada yg terkena..biar dia buat tindakan yang dikira terbaik bagi dia orang masing2...

 


11 Jun – Selepas kisah Tasha Shilla meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan bekas juara Dewi Remaja 2010, Neelofa, kini bekas peserta pertandingan Dewi Remaja dan juga pelakon, Anzalna turut tampil menceritakan perangai sebenar aktres dan pengacara tersebut menerusi sisipan hiburan Berita Minggu, BiPop.
Pemilik nama sebenar Nur Anzalna Nasir ini memberitahu aktres "Azura 2012" ini pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir.
"Walaupun saya hanya menjadi finalis dan tidak memenangi sebarang tempat dalam pertandingan tersebut, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman sosial Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok.
"Semua pengikut saya di Facebook tahu Lofa menghina keluarga saya. Dia juga telah mewujudkan akaun 'Kami Benci Anzalna'. Saya juga turut menerima ugutan daripadanya sekiranya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya, walaupun perkara tersebut sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilaluinya kerana sudah terlebih dahulu merasainya," ujar pelakon yang berasal dari Pulau Pinang ini.
Anzalna turut mendakwa Lofa seringkali bercerita buruk tentang dirinya seolah-olah ingin menjatuhkan kariernya.
"Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.
"Sebelum ini ramai wartawan bertanya, tapi saya tidak cerita apa-apa kerana takut dilabel bermulut jahat. Namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita," jelasnya yang berkata apa yang diceritakannya ini adalah fakta dan bukan fitnah.
Sebelum ini, aktres drama bersiri "Gemilang", Tasha Shilla meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan pengacara "Nona" itu yang mempertikaikan kemenangannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Sementara itu dipetik daripada sebuah blog hiburan tempatan, Neelofa dilaporkan ingin menyelesaikan situasi ini menerusi saluran rasmi dan sempat meluahkan isi hatinya melalui akaun Twitter miliknya bahawa dakwaan Anzalna adalah bertujuan untuk menjatuhkannya.
"Nothing in this dunia is in our hands that Allah cannot take from us and so jangan fikir memfitnah dan menjatuhkan orang lain dalam surat khabar. I know where I stand and as for the truth, I will do it the official way."