Rabu

Misteri makhluk rupa bersayap yang dirakamkan di Indonesia 2011



Gambar ini hanya hiasan saja
       Video menarik telah muncul dalam internet menunjukkan sesuatu yang bersayap yang muncul secara pantas dan cepat di rakaman CCTV di Cilandak Town Square, Selatan Jakarta Indonesia pada 11 September 2011. Video itu menunjukkan satu jalan  di Indonesia apabila entah dari mana sesuatu  yang tidak dikenali bersayap bermandikan cahaya tiba-tiba jatuh di sebelah kanan dan kemudian dengan cepat hilang. Sebentar kemudian beberapa orang (yang dianggap sebagai pengawal keselamatan) tergesa-gesa untuk melihat apa yang berlaku. Asal-usul sebenar rakaman itu masih tidak jelas dengan beberapa spekulasi bahawa ia boleh menjadi iklan virus untuk filem yang akan datang atau permainan video




http://www.youtube.com/watch?v=oDubUuplR5g&feature=player_embedded


Marsha sekadar suka-suka

 Marsha sekadar suka-suka..




JIKA sebut namanya sekarang, pasti ramai peminat terus teringat kepada rancangan gosip Propaganza yang hangat ke udara setiap Ahad, jam 12 tengah hari di Astro Ria.
Bergandingan dengan Reza AF, lagak Anak Tamparuli, Sabah ini cukup selamba, lucu malah ada juga yang menganggapnya sebagai ‘gedik’ tatkala mengacarakan rancangan itu.
Biar apapun kata orang terhadap gaya penyampaiannya itu, Marsha Milan Londoh, 26, tidak pernah mengambil pusing, sebaliknya terus memfokuskan untuk memberikan yang terbaik kepada dunia baru itu.

Sebelum ini ramai tertarik dengan alunan vokal Marsha. Kemudian ramai memuji lakonannya dalam drama seram Kum Kum diikuti filem komedi romantis Cun! arahan Osman Ali. Namun sejak ada Propaganza, nama Marsha terus mendapat perhatian dan ia nyata memperlihatkan satu lagi bakat dalam diri beliau.

Apa yang jelas, Marsha mengakui pembabitannya secara ‘bidan terjun’ dalam bidang pengacaraan TV sebagai rezeki serta pengalaman baru.

“Tidak pernah terlintas di hati saya untuk mencuba bidang pengacaraan khususnya untuk Propaganza. Saya sebenarnya tak sangka niat asal iaitu hanya suka-suka menghadiri uji bakat akhirnya membuatkan saya terjebak dengan program gosip.

“Saya mencuba uji bakat itu kerana atas pujukan kawan-kawan. Tak pernah terfikir langsung saya akan diberikan ‘job’ berkenaan dan ketika diuji bakat pun saya tidak serius. Saya rasa saya ‘gila-gila’ tapi rupanya itu yang mereka suka.

“Beberapa hari selepas itu, saya terus mendapat panggilan menyatakan saya berjaya mendapat ‘job’ itu. Memang terkejutlah kerana saya tidak mengharapkan apa-apa. Malah saya masih cakap pada mereka bahawa saya tak mungkin akan menjadi hos yang bagus dan belum benar-benar bersedia.

“Bagaimanapun, pandangan kru produksi pula lain. Mereka menyatakan saya sangat sesuai untuk program berkenaan. Lama juga saya berfikir dan atas nasihat kawan serta tidak mahu mengecewakan permintaan mereka, saya pun terima. Mujurlah saya digandingkan dengan rakan baik, Reza maka terciptalah keserasian antara kami sebab dah kenal lama.

“Setakat ini, saya mendapat pelbagai reaksi termasuk ada yang cakap saya ‘gedik’, bingit dan tak sesuai. Tak kisahlah, saya pun sudah terima ‘job’ ini dan akan teruskan. Alang-alang mandi, biar sampai basah. Apa-apapun, saya berbalik kepada niat asal iaitu mahu menghiburkan penonton.

“Tidak kurang yang memuji dan itu sesuatu yang saya suka. Saya faham, bukan senang untuk memuaskan hati semua orang, tapi apalah guna menjadi orang lain semata-mata mahu buat orang suka kepada kita bukan?” katanya.

Namun Marsha tidak menafikan, sejak mengacarakan Propaganza, pelbagai tawaran mengacara mula mendatanginya dan kebanyakannya adalah untuk acara korporat.
Akuinya, untuk mengacarakan majlis yang besar, ia bukan senang.

Menjadikan Aznil Nawawi, Sharifah Shahira dan Jozan sebagai insan rujukan untuk memantapkan tugas baru itu, Marsha bagaimanapun masih bergelut untuk menyembunyikan loghat Sabah tatkala berada di depan kamera.

“Loghat saya masih lagi tebal dan itulah antara cabaran terbesar dalam mengacarakan Propaganza. Selain itu, cabaran lain, rancangan ini ke udara secara langsung dan sekali jalan saja. Berbanding lakonan, sekurang-kurangnya saya masih boleh memperbaiki pertuturan kerana babak boleh diulang-ulang.

“Saya harus juga berterima kasih kerana digandingkan dengan Reza. Dia pun sudah lama dalam bidang ini dan apa-apa kekurangan mudah saja bagi saya untuk merujuk kepadanya,” jelasnya.

Masih berkira-kira sama ada ingin meneruskan atau tidak pada musim akan datang, Marsha tidak ada apa-apa perancangan setakat ini dan mahu hanya tunggu dan lihat.

Dalam pada itu, dia masih lagi mengimpikan agar kerjaya nyanyiannya juga menemui saat kemuncaknya. Niat asalnya terbabit dalam industri menjadi penyanyi nampaknya semakin samar apabila bakatnya dipandang sepi. Biarpun secara kasarnya, Marsha juga antara penyanyi wanita yang berpotensi, industri muzik seolah-olah belum mengiktirafnya.

“Memang saya kecewa namun apa boleh buat. Saya kena sabar dan terus berharap saja kerana apa yang pasti, saya tidak akan berputus asa. Syukur saja, tawaran menyanyi masih lagi banyak dan sekurang-kurangnya ia membuktikan nyanyian saya masih diterima. Saya pun dalam proses untuk muncul dengan single terbaru.

“Kali ini, saya sangat menaruh harapan agar single berjudul Kepastian Cinta ciptaan Ajai mampu membuka mata orang. Cukup bermakna dan ada kaitan dengan kehidupan saya, diharap lagu ini juga akan menaikkan semula ‘jenama’ Marsha sebagai seorang penyanyi. Berentak balada, kemungkinan single ini akan dilancarkan pada Julai atau Ogos nanti,” katanya lagi.

Lebih banyak kelihatan dalam lakonan pada ketika ini, Marsha tidak menolak perasaan gementar menantikan filem pertama dia menjadi watak utama, Qada yang akan ditayangkan penghujung tahun ini.

Diarahkan Michael Ang, Marsha pada mulanya ingatkan Qada adalah sebuah telemovie, namun rupa-rupanya ia sebuah filem. Istimewanya, lagu tema filem itu berjudul Tentang Cinta adalah de�ndangannya.


Laman web -http://www.hmetro.com.my/articles/Marshasekadarsuka-suka/Article

Jumaat

Fasha Sandha sedih kehamilannya dipertikai...

Fasha Bunting Kelamin

Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak termasuk mendakwa dia telah berkahwin di luar negara sebelum ini.

Bergaduh!!!: Shah Rukh Khan


Bergaduh !!!, Shah Rukh Khan dilarang masuk stadium....apa dah jadi nie ?


KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH



NOTA KURSUS
TERIMAAN DAN PUNGUTAN
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Kursus Pengurusan & Perakaunan Wang Sekolah Bagi Terimaan Dan Pungutan



Isnin

Pengenalan Kata Bicara

                                       KATA BICARA


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca semua. Blog ini adalah sebagai tambahan ilmu dan seri minda pembaca. Apa yang dicatat atau digambarkan adalah berdasarkan apa yang AK dapat dan perolehi daripada maklumat terkini tentang isu-isu @ berita semasa. Mohon kemaafan seandainya terdapat kata bicara dalam blog AK jika ada tersilap kata atau tulisan/ejaan yang silap. Kita hanyalah manusia biasa.