Liberty Ross isteri Rupert Sanders melarang suaminya daripada mengarah filem sekuel bersama pelakon Kristen Stewart -'Snow White And The Huntsman'....
Semenjak skandal hubungan sulit gambar Kristen(23) dan Rupert(41) tersiar di akbar-akhbar dunia dan pengakuan daripada pelakon utama wanita sekuel 'Snow White And The Huntsman' tentang hubungannya bersama pengarah filem tersebut, pelbagai kritikan dan tohmahan yang telah dilemparkan atau diterima oleh mereka daripada peminat-peminat dari seluruh dunia. Pengakuan iklas dibuat kerana tersebarnya gambar kemesraan sambil berpelukan.
|
Liberty sebagai watak ibu kepada Snowhite |
|
Kris dan Rupert ketika tayangan perdana 'Snowhite and the Huntsman' |
Sehubungan dengan skandal tersebut, demi untuk menyelamatkan rumah tangganya, isteri Rupert, Liberty melarang suaminya berurusan atau berhubung dengan Kristen lagi. Isterinya tidak membenarkannya menandatangani kontrak sekuel tersebut pada masa akan datang. Kristen juga telah secara terbuka memohon maaf pada kekasihnya Robert Pattinson hero filem 'Twilight", dan ada sumber menyatakan mereka tidak tinggal bersama lagi selepas kejadian tersebut.
Menurut sumber, boss studio akan mencari pengarah lain untuk sekuel sambungan tersebut. Sebelum ini Rupert hanya mempunyai perjanjian secara lisan. Rupert Sanders memberitahu bahawa dia berasa sedih diatas apa yang terjadi dan kesakitan yang ditanggung oleh Liberty dan anak-anaknya. Dia juga menyatakan amat menyayangi keluarganya sepenuh hati dan berharap mereka dapat mengharungi masalah ini bersama-sama. Rupert Sanders mempunyai dua orang anak iaitu Skyla (7) dan Tennyson (5).
AK: -Isu-isu panas ini akan pasti meningkatkan populariti seseorang artis...AK nak
popular jadi jurujual bos ikan kering dan belacan jer...