Khamis

Lisa Surihani :Saya bukan sombong


"Saya ingin memohon maaf" Lisa                                                                                                                  




Pelakon Lisa Surihani tidak pernah berniat untuk meminggirkan para peminat yang ingin mendekatinya di sebuah lokasi penggambaran sehingga dituduh sombong.
Lisa, 26, berkata, insiden dia dikatakan enggan bergambar dengan peminat bukanlah sesuatu yang disengajakan kerana ketika itu di sedang menjiwai watak untuk drama Di Mana Hilangnya Juwita di sebuah balai polis sekitar Kuala Lumpur.

"Secara jujurnya saya tidak berniat untuk menunjukkan sikap sombong kepada sesiapa pun dan kepada mereka yang terasa hati saya ingin memohon maaf.Kejadian itu bukan disengajakan kerana saya sedang memberikan tumpuan kepada penggambaran tambahan pula watak yang saya pegang agak berat.Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu sikap saya yang sebenarnya," 

 Lisa mengulas laporan yang mendakwa dia enggan bergambar dengan peminatnya semasa sedang menjalani penggambaran di sebuah balai polis baru-baru ini sehingga mengundang rasa terkilan peminat dengan sikapnya.



Bagaimanapun Lisa berkata, dia tidak menyalahkan peminat yang terguris dengan kejadian tersebut dan berharap dia dapat memenuhi permintaan mereka untuk bergambar pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Lisa berkata, semasa kejadian dia turut berasa bersalah kerana terpaksa memilih untuk memberikan tumpuan kepada wataknya kerana tidak mahu menjejaskan masa yang diperuntukkan pihak produksi.
Katanya walaupun produksi tidak kisah jika dia meluangkan sedikit masa untuk bersama peminat tetapi sebagai seorang pelakon dia perlu menghormati masa pihak lain.
"Saya tidak mahu menyusahkan orang lain kerana ingin sesuatu perancangan itu berjalan dengan baik."Saya sentiasa terfikir boleh ke ambil masa sekejap bergambar dengan peminat ataupun kalau saya turutkan kata hati saya, ia akan menggagu proses penggambaran,” katanya.





kredit kepada: MOHD AL QAYUM AZIZI

 

Tiada ulasan: