Rabu

Pilihan minyak wangi Diana Danielle

Masing-masing ada pilihan minyak wangi...anda semua tentu ada pilihan sendiri. Ini pula minyak wangi pilihan Diana Danielle...


Diana Danielle




                  Bagi wanita bekerjaya, sudah pasti anda mempunyai beberapa koleksi minyak wangi berlainan untuk dipakai ketika majlis-majlis tertentu dan juga ketika temujanji bersama kekasih.

Bagi selebriti popular tempatan, Diana Danielle turut berkongsi 5 haruman minyak wangi yang dipakai bagi menghadiri beberapa acara dan keraian berbeza. 

Temujanji petang lebih yakin dengan Channel Coco Mademoiselle
Memilih minyak wangi jenama Channel Coco Mademoiselle, Diana lebih yakin bertemu sang kekasih dengan memakai haruman ini ketika temujanji. Minyak wangi ini juga merupakan minyak wangi rasmi pelakon antarabangsa Kiera Knigtley yang menfokuskan elemen muda,aktif dan seksi sebagai bahan utama! 

Ralph Lauren Big Pony ketika bersukan
Walaupun ketika bersukan, Diana tidak tinggal untuk mengenakan haruman untuk menaikkan mood bersukan. Selebriti ini memilih haruman dari Ralph Lauren Big Pony sebagai pilihan ketika bersukan. Aktiviti yang sering dilakukan olehnya adalah berjogging. 

Dolce Gabana Light Blue ketika bersosial
Sebagai pelakon dan juga pengara popular, jadual Diana memang padat dengan jemputan dan juga majlis rasmi media. Untuk mengekalkan kesegaran, Diana memilih minyak wangi Dolce Gabana Light Blue sebagai pilihan ketika majlis rasmi kerja. Haruman ini merupakan antara pilihan ramai di dalam sejarah pembuatan minyak wangi keluaran jenama terkenal ini. Dengan harga yang murah memang, semua mampu memiliki minyak wangi kegemaran selebriti ini! 

J'Adore Dior penuhi temujanji malam
Untuk bersama kekasih atau pun memenuhi temujanji malam, Diana lebih selesa mengenakan haruman dari jenama Dior iaitu J'Adore Eau De Toilette dimana haruman bunga yang lebih manis menaikkan mood romantik Diana untuk tampil lebih yakin. 

Bersama teman rapat dengan haruman L'Eau Chloe
Haruman yang mampu mempamerkan pelbagai personaliti ketika lepak bersama rakan sudah pasti menjadi pilihan kepada Diana. Haruman campuran bunga-bungaan dan juga laici mempamerkan kekuatan Diana bersama rakan yang lain.




Tiada ulasan: