Lawatan ke Pulau Mamutik
Dalam siri lawatan yang pertama lalu, hanyalah menerangkan perancangan hendak ke pulau-pulau di Sabah. Siri 2 ini akan menerangkan lebih lanjut lawatan ke pulau-pulau iaitu Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Gaya. Setelah persetujuan dibuat dengan pengendali bot, pada malamnya kami bersiap membeli barng2 yang perlu di bawa seperti barang makanan yang utama. Ini disebabkan ada rakan yang memberi tahu harga barangan seperti makanan dan air mahal di pulau-pulau tersebut, jadi kami bersiap sedia membeli keperluan. Yang aku mesti beli ialah telur dan air mineral. Telur akan direbus pada waktu pagi dan mudah sekali dibawa utk aktiviti seperti lawatan tersebut.
Peralatan dan pakaian utk mandi memang awal dah dimasukkan kedalam beg dan aku tak akan lepas peluang untuk mandi di pulau2 tersebut. Pada tengah malam hujan turun agak lebat jugak dan aku risau taku2 hujan sampai keesokan hari dan pasti ombak besar dan akan membatalkan rancangan kami hendak ke pulau. Anak2 aku dan anak saudara aku memang bersemangat utuk ke pulau. Tiba keesokannya pada 7.30 pagi, kami berserapan dulu di kedai mamak yang terdapat di bawah apartment kami sebagai alas perut. Maklumlah kita takut kelaparan nanti dip pulau tersebut. Jam 7.50 pagi kami pun pergi ke jeti @ wap tersebut. Tak sampai 15 minit berjalan kaki dah sampai. Itu yang baiknya tinggal di Api-api Apartment di tengah2 bandar KK ni. Kami terpaksa menunggu lebih kurang 15 minit lagi untuk menunggu bot yang hendak membawa kami. Bot tersebut juga lengkap dengan alat-alat keselamatan seperti jaket kesel amatan, alat menyelam iatu google dgn salur penafasan sekali.
Bot yang membawa pelancong ke pulau-pulau |
Dalam gambar sebelah adalah bot yang membawa pelancong ke pulau-pulau yang berhampiran. Pada awalnya keadaan laut berombak agak kuat dan juga berasa khuatir hengak meneruskan perjalanan ke pulau. Maklumlah pergi bersama anak-anak yang masih sekolah rendah. Alhamdulillah air laut pun tenang dan deruan angin pun tidak kuat. kami pun terus menaiki bot. Rombongan kami seramai 12 orang terus menempuh badai ombak.
Gambar sebelah menunjukkan pulau yang akan kami tuju. Masa untuk sampai ke pulau tersebut memakan masa hanya setengah jam kalau laut tenang. Pada permulaan perjalanan, bot kami melawan arus ombak dan melambung-lambung bot serta hentakan bot yang agak kuat juga. Salah seorang anak saudara saya rasa tersentak dengan hentakan bot tersebut dan menangis. Lagipun dia ada asma. Akhirnya kami mengarahkan bot agar di bawa perlahan. Aku pun terasa jugak hentakan bot tersebut. Alhamdulillah anak2 aku semua ok jer walaupun baru pertama kali mereka menumpang bot. Pulau yang awal sekali kami pergi adalah Pulau Mamutik. Ketika boleh dikatakan kamilah orang pertama yang datang. Keadaan masih sunyi lagi tapi keindahan air laut yang jernih, biru dan kehijauan telah melalaikan aku. Memang cantik pemandangan sekeliling pulau Mamutik. Kawasan pantainya yang bersih. Apabila kami mandi, sudah ada pihak life guard yang menjaga. Keselamatan di kira terjaminlah.
Tanpa melengahkan masa aku, biras aku dengan anak2 serta anak2 saudara aku pun buka baju dan mandi. Sebelum itu kami juga menyewa bahan yang penting utk mandi iaitu lifejacket dan google. Sewanya murah hanya RM10 setiap satu pasang (lifejacket dan google) bagi semua lawatan ke pulau2 disitu daripada penyewa bot kami. Kami menyewa 3 lifejacket dan 3 google. Jumlah RM30 saja. Keselamatan mesti diutamakan.
Tanpa melengahkan masa aku, biras aku dengan anak2 serta anak2 saudara aku pun buka baju dan mandi. Sebelum itu kami juga menyewa bahan yang penting utk mandi iaitu lifejacket dan google. Sewanya murah hanya RM10 setiap satu pasang (lifejacket dan google) bagi semua lawatan ke pulau2 disitu daripada penyewa bot kami. Kami menyewa 3 lifejacket dan 3 google. Jumlah RM30 saja. Keselamatan mesti diutamakan.
Kejernihan air laut di pulau tersebut membolehkan kita melihat dengan jelas ikan-ikan di dasarnya. Aku pun juga mengambil kesempatan snorkeling. Memang agak lama aku tidak mandi di laut.Rasa seram2 juga apabila terkenang filem2 hollywood. Anak2 aku memang mandi sakan dia orang. Ketenangan di Pulau Mamutik dengan keindahan hidupan sekelilingnya membuat kami tidak terasa penat. Hampir lebih kurang satu jam setengah kami berada di Pulau Mamutik. Selepas itu kami bertolak ke pulau sebelahnya iaitu Pulau Manukan yang memang terkenal di kalangan pelancong tempatan
maupun pelancong asing... Sampai di sini untuk siri 2 Lawatan bercuti ke Sabah...tunggu nanti siri ke 3 lawatan ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi....Bye....
maupun pelancong asing... Sampai di sini untuk siri 2 Lawatan bercuti ke Sabah...tunggu nanti siri ke 3 lawatan ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi....Bye....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan