Sabtu

Lawatan ke 2 Bercuti Di Sabah- Siri 1

         Lawatan ke negeri dibawah bayu Sabah telah menampakkan perubahan yang ke ketara pada bandar Kota Kinabalu. Lawatan pertama pada tahun 1996 dulu tidaklah secara menyeluruh. Hanya sekadar melawat di Muzium Sabah/Budaya dan pasar Filipin yang terkenal dengan mutiara dan juga kawasan sekitar seperti Yayasan Sabah, Tanjung Aru dan tempat membeli belah. 
Jalan Tun Fuad Stephen
         Pada lawatan yang kedua baru-baru ini, memang banyak perubahan telah berlaku pada bandar Kota Kinabalu. Perjalanan kali kedua ini juga menggunakan jalan darat dari Miri ke Sabah. Passport mesti ada kerana ianya melalui negara Brunei Darussalam. Bermula dari Pos Sempadan Sungai Tujuh Miri hingga ke pos sempadan Limbang , seterusnya pos sempadan Temburung Brunei dan Lawas. Selepas Lawas barulah terus ke sempadan Sabah hungga ke Kota Kinabalu. Tak perlu diceritakan waktu perjalanan ke Kota Kinabalu. Kami bertolak secara konvoi dua buah kenderaan mpv jer ataupun dua keluarga dari pukul 8.30 pagi dari Miri dan sampai di Kota Kinabalu kira-kira pada pukul 5.30 ptg. Tempat penginapan dah kami tempah awal-awal lagi sebelum ke Kota Kinabalu yang diuruskan oleh anak saudara yang bekerja di Sabah. Kami tinggal di Apartment Api-Api Centre. Bayaran boleh dikira berbaloi juga iaitu RM200 sehari bagi apartment dua bilik. Lengkap dengan penghawa dingin, astro,perabut2, dapur, boleh dikatakan lengkap semuanya.Kami menetap selama 4 hari. Malam pertama kami makan di waterfront Sabah bersama dengan anak saudara yang bekerja di kota Kinabalu tetapi saya dan isteri saya tak sempat nak makan pasal anak ketiga meragam pulak...sakit perut yang amat sangat. Kena bawak ke klinik yang berada dekat dengan apartment dan bagi suntikan. Tak dapat ler nak rasa makanan kat tu...beli McDonald jer jwbya.
Centerpoint Sabah

Waterfront Sabah


              
Keesokkan harinya kami hanya pergi membeli belah di Centerpoint yang hanya bersebelahan dengan tempat tinggal kami. Habis kami keliling sampai kaki naik lenguh..perrgghh..Bermacam-macam yang ada di dalamnya. Awas..anda jangan hairan kalau anda didatangi penjual telefon  seperti telefon Samsung SIII, SII yang tiruan dengan harga yang murah. Kalau nak beli, tepuk dada tanyalah selera masing2. Mereka ini akan mendatangi pelancong2 sahaja. Telefon buatan China. Kalau tak nak, jangan nak layan kerenah mereka tu.biarkan saja..dan jalan terus.

         Selepas penat dari pusat membeli belah Centerpoint, kami pergi ke pasar tamu bersebelan pasar filipin. Kami nak mencari penyewa bot untuk kami ke pulau-pulau Manukan, Mamutik dan Sapi. Akhirnya kami dapat menyewa bot dengan harga yang berpatutan iaitu RM200-RM250 untuk pergi ke4 buah pulau termasuk Pulau Gaya, walaupun tak singgah ke Pulau Gaya. Ketika kami sedang berbincang dengan pengusaha bot sewa tu, kami didatangi oleh penjual2 jalanan seperti telefon, jam, cermin mata (konon perlu utk ke pulau-ultraviolet). Penjual2 tu tahu kami ni pelancong dan ramai mereka berusaha memujuk kami membeli barangan mereka. Ada daripada mereka menyangka kami dari Brunei kerana keturunan sebelah isteri saya memang keturunan Melayu Brunei tapi orang Miri. Ada seorg penjual tu mati2 menyangka kami orang Brunei walaupun dah diberitahu kami orang Sarawak. Saya akhirnya terkena jugak..terpaksalah membeli jam jenama palsu yang dijual dengan harga RM50. Selagi saya tak beli, penjual jalanan tu asyik memaksa dan seakan-akan mengugut pula bunyinya.... malas nak memanjangkan cerita...beli ajelah..... okalah ini untuk siri pertama ...ikutilah siri ke2, 3 dan 4 nanti....tunggu berserta gambar-gambar yang menarik...kalau ada silap tolong maafkan ya,,..





Tiada ulasan: