Kebimbangan Strategik Atau Keperluan Teknologi
Kepulauan Spratly
Eurofighter Typhoon |
Keadaan
dunia yang tidak menentu serta penuh dengan perang saudara seperti di Asia
Barat pastinya akan menyebabkan penjualan senjata meningkat terutamanya
pengeluar utama senjata dunia iaitu Amerika, Russia, Perancis, British dan tak
terkecuali Brazil sebuah negara baru pengeluar senjata. Sememangnya diakui
keadaan huru hara banyak berlaku di Timur Tengah seperti di Syria, dan
Israel-Palestin iaitu perang yang tak pernah habis sampai sekarang. Sebelum itu
perang saudara bermula di Mesir dalam meruntuhkan Hosni Mubarak dan merebak
selepas itu perang saudara Libya dimana Muammar Ghaddafi dibunuh secara kejam
walaupun sudah menyerah diri. Pelbagai spekulasi tentang pembunuhannya dan ada
sumber yang mengatakan pembunuhan itu dilakukan oleh warga Perancis yang
membantu pemberontakan berdarah tersebut. Entah, mana yang betul.
Negara Yaman
juga tidak terlepas dari suasana perang gerila pemberontak dengan tentera.
akibat daripada pemberontakan dalaman negara-negara Timur Tengah, kerajaan
negara Arab membeli senjata daripada pengeluar senjata dunia. Selain itu perang
dingin Amerika/Israel dengan Iran juga mula berputik sedikit demi sedikit
ibarat bom jangka masa yang meletup bila-bila masa sahaja. Apakah pemberontakan
atau revolusi Arab ini kerana rakyat mahukan pembaharuan atau ada anasir-anasir
luar yang menjadi dalang disebaliknya ?.
Anda harus fikirkan dan cari jawapan anda sendiri. Media masa elektronik
seperti internet banyak memainkan peranannya.
Sememangnya yang berlaku di Timur Tengah tidak menjejaskan negara-negara Asean tetapi
perselisihan politik dalaman tetap berlaku bagi mana-mana parti memerintah
samada di Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Vietnam serta negara-negara
lain. Perebutan pulau-pulau di Kepulauan Spratly yang dituntut oleh China,
Vietnam, Malaysia, Brunei, dan Filipina sedikit sebanyak menganggu gugat
ketenteraman negara-negara Asean dan China. Kepulauan yang kaya dengan minyak
dan gas ini sentiasa menjadi isu semasa. Sesetengah negara bertelagah telah
meletakkan pangkalan tentera masing-masing di sebahagian kepulauan tersebut.
Selain daripada itu sikap curiga mencurigai antara negara-negara Asean juga
memainkan peranan. Tetapi atas dasar saling berdialog antara negara-negara Asean
ini menyebabkan perkara-perkara sensitif ini dapat ditangani dengan baik serta akan dapat
merapatkan jurang perbezaan pendapat negara-negara Asean. Andai terjadinya
peperangan , ini akan mengalakkan campur tangan negara-negara asing terutama
Amerika, dan Russia. dan akan menyebabkan masalah menjadi lebih parah.
Dalam
tahun demi tahun, apa yang didapati dari sumber kewangan luar dan sumber
dalaman sesebuah negara, peningkatan perbelanjaan pertahanan negara-negara
Asean semakin meningkat dengan ketara sesuai dengan kemajuan teknologi semasa
peningkatan sisitem pertahanan negara masing-masing apabila di serang. Menurut
data Stockholm International Peace Research
Institute (SIPRI) Singapura merupakan negara kelima terbesar dunia
mengimport senjata di belakang China, India, dan Pakistan@Korea Selatan.
Singapura membelanjakan US$9.8 billion untuk pertahanannya untuk tahun 2012
atau 24% daripada budget negaranya. Pembelanjaan pertahanannya adalah untuk
membeli senjata yang berteknologi tinggi dan tentunya dari Amerika, Israel,
Britian dan sebagainya. Singapura juga sekarang sudah menjadi pembuat atau
pengeluar senjata seperti perisai ringan ,APC dan sebagainya. Antaranya
Bronco,Terrex AV81 dan Bionic 40/50. Di beritakan Singapura menaik tarafkan MBT
Leopard 2A4 kepada 2A4 Evo seperti Leopard 2A7 Jerman. Mungkin tidak lama lagi
Singapura akan memiliki F35 Lightning dan pertama di Asia Tenggara kerana mereka juga terlibat sama dalam
projek F35.
Indonesia
juga sekarang telah meningkatkan budget perbelanjaan pertahanannya dari US$2.6
billion tahun 2006 kepada US$8 billon tahun ini untuk membeli peralatan
pertahanan bagi menjaga perairan serta kepulauan yang banyak. Negara yang
kepadatan penduduk seramai 250-270 juta serta kepulauan yang banyak tentu
budget tersebut adalah kecil. Perbelanjaan tersebut merangkumi alat gantian
selain senjata terbaharu. Baru-baru ini Indonesia dikatakan telah menempah 3 buah kapal
selam kecil elektrik-diesel dengan tawaran US$1.1 billion.
Indonesia
juga memesan kereta kebal (MBT) utama iaitu sebanyak 61 buah iaitu jenis Leopard R1 dan jenis 2A4 . Pesawat pejuang
pula kemungkinan dibeli dari USA . Sumber economist.com March 2012.
Perbelanjaan pertahanan yang kian meningkat ini perlu bagi menjaga kedaulatan
Indonesia. selain dari itu , Indonesia juga dikatakan telah membeli Astros II MK6
MLRS buatan Brazil sebanyak 2 battalion dan setiap battalion dikatakan 18 buah
Astros II. Kalau benar, bermakna
Indonesia akan membeli 36 buah Astros II MK6 ini. (Sumber: analisismiliter.com)
Kebimbangan
strategik juga telah mencabar bagi mana-mana negara dengan tuntutan wilayah ke
Laut China Selatan yang dipertikaikan, di mana pendirian tegas China telah
menimbulkan peningkatan perbelanjaan misalnya, Vietnam baru-baru ini dikatakan memesan enam
buah kapal selam kelas Kilo dari Rusia. Selain itu Vietnam sudah pun mempunyai
misil S-300ps. Dikhabarkan juga Vietnam ingin membeli pesawat pejuang terbaharu
Russia Pak-Fa T50 yang mana setanding dengan Raptor-F22 atau Lightning-F35. Mungkin pesawat
tersebut belum dimiliki Vietnam sekarang,mungkin 5-10 tahun akan datang. Walaupun
Vietnam negara sedang membangun, Vietnam terpaksa berbelanja besar demi
mempertahankan kedaulatannya. China sememangnya sudah diketahui mempunyai
pesawat pejuang J-20 Stealth buatan sendiri. Dan membeli kapal pengangkut Shi Lang (Varyag)
lama untuk diubahsuai menjadi kapal induk tentera.
Filipina
juga meningkatkan budget pertahanannya
dua kali ganda kepada US$2.4 billion. Filipina seperti juga Vietnam
mempunyai permasalahan tuntutan bertindih kepulauan Spratly. Filipina akan
membangun pertahanannya modennya sehingga 5 tahun dan berharap akan mempunyai
pesawat tempur baru pada 2014.
Malaysia membeli pesawat helikopter EC725 bagi mengantikan helikopter lama TUDM Sikorsky S61A4 Nuri dan dijangka
mula diterima pada awal tahun depan dan begitu juga 4 buah pesawat pengangkut
Airbus A400M bagi menggantikan pesawat Charlie akan akan dihantar
berperingkat-peringkat sehingga 2015. Antara peralatan lain seperti ATGM 9M133,
penambahan kereta perisai AV8 terbaharu sesuai dengan keadaan bentuk bumi yang
mempunyai hutan serta paya. Ada sumber menyatakan Malaysia juga dikatakan memesan
misil udara ke udara dan darat ke udara untuk pertahanan diri seperti R77
-Amraamski dikenali Nato sebagai AA-12-Adder untuk digunakan pada pesawat SU30MKM
atau SU27 Flanker. Hii..hii..harap-harap berita itu betul. Selain kapal-kapal
perang frigate atau korvet yang sedia ada
dinaik taraf kapasiti sehingga 100 peratus. Malaysia perlu juga
membangunkan sistem pertahanannya sendiri sesuaikan dengan teknologi semasa
serta ‘pengupgredan’ peralatan yang sedia ada. Masalah lain yang mengancam
keselamatan perairan Malaysia ialah “lanun” dan perlu ditangani dengan pantas
terutamanya di perairan Selat Melaka, perairan Sarawak-Singapura dan perairan
timur Sabah bersempadan dengan Pulau Mindanau , Filipina. Budget pertahanan
Malaysia sekitar US$3.5 - 3.6 billion sahaja tahun 2012. Pendapat AK, kalau ada budget lebih mungkin juga boleh dapatkan pesawat Su39 Frogfoot atau SU-41. Mungkin 10-15 tahun lagi. Tak banyak nak
dilakukan dengan budget sebanyak itu.
Thailand
juga membangunkan sistem pertahanannya juga. Baru-baru ini (2012) Thailand memesan
misil STARstreak. Sistem ini terdiri daripada peluru berpandu terpantas di
dunia peluru berpandu jarak dekat pertahanan
udara (VSHORAD) , dan pelancar Ringan Pelbagai (LML). LML tripod berasaskan
sistem membolehkan penempatan pantas peluru berpandu STARStreak untuk berurusan
dengan serangan dari pesawat pejuang tahap rendah, Anggaran budget pertahanan
bagi negara negara Thailand tahun 2012 ialah US$6.478 billon bersamaan dengan
1.7% GDP Thailand.
Di bawah pelan pembangunan tentera Thai, Mereka mengutamakan peningkatan ketenteraan mereka, pemulihan
projek menaik taraf peralatan, dan perolehan baru. Berdasarkan pelan pembangunan bagi
projek-projek masa depan tentera, berikut adalah barangan dengan yang
berpotensi perolehan tinggi: C4I taktikal komunikasi sistem, helikopter
(taktikal dan pengangkutan), kereta kebal dan kenderaan perisai, simulator
latihan, tanpa pemandu Kenderaan Udara (UAV), Sistem Udara Pertahanan (ADSs),
Taktikal Data Pautan (TDLs), Electronic Warfare (EW) peralatan, sistem radar,
dan memerangi peralatan komunikasi. Sumber:globalsecurity.org. Thailand juga
mengalami masalah persempadanan dengan negara Asean lain iaitu jirannya
Kemboja. di harap permasalahan mereka dapat diselesaikan secara rundingan.
Semua
sistem pertahanan negara Asean adalah bertujuan untuk mempertahankan diri serta
menjaga kedaulatan negara masing-masing. Ak berharap negara Asean tidak akan
terjebak dengan peperangan dan setiap permasalahan mesti boleh diselesaikan
secara rundingan bersama demi perpaduan dan semangat Asean. Perbalahan akan
merugikan pihak yang terlibat. Tiada keuntungan bagi pihak-pihak yang terjebak
dalam peperangan hanya menyebabkan korban nyawa yang banyak.
AK:
-Kalau boleh beli ‘elektromagnetik bom” Electromagnetic Pulse-EMP- kalau meletup.. semua sistem
elektronik akan tidak berfungsi dan korban nyawa tak besar dari nuklear. Jangan
pakai telefon bimbit jer bila elektromagnetik bom meletup..pecah telinga kang..
hii..hii
-AK
juga minta maaf kalau ada maklumat dalam artikel ini kurang tepat dan tidak betul..ini adalah kerana
apa yang AK catat hanyalah berdasarkan sedikit maklumat dari web dan blog..AK.
tak boleh nak catatkan maklumat sebarangan nanti kena cari oleh perisik “Mata Satu”...
Sumber Rujukan:
- www.military-today.com/
- www.globalsecurity.org/military/world/thailand/budget.htm
- www.malaysiandefence.com
- Armed Forces International News - April 2012
- Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI)
- securemalaysia.blogspot.com/2010/11/sir-can-you-teach-me.html
- militaryofmalaysia.net/2012/02/bajet-pertahanan-2012/
- analisismiliter.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan