Tidak Benar Bumi Akan Bergelap 3 Hari: Angkasa Negara
Sebelum kedatangan Black Dust Clouds |
Menurut kenyataan itu, berikutan senario
tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari
(sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya graviti daripada bumi, matahari
dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta. Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Mungkin beginikah keadaan bumi nanti |
Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi,
matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap
berhampiran pusat galaksi, maka bumi akan bergelap. Angkasa berkata semua
andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan
matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu
kecil.
"Awan-awan debu gelap menghalang
penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada
dilihat dari bumi," menurut agensi itu. Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video
YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahgunakan oleh pihak tertentu yang
menunjukkan Pegawai NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan
persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk
kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.
Charles F.Bolden Jr |
"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi
video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25
Disember 2012"," katanya.
Daripada petikan sumber-sumber blog-blog dan laman web yang lain, ramai orang seluruh dunia telah pun membeli bahan-bahan
keperluan yang utama untuk persediaan menghadapi fenomena tersebut (jika benar)
termasuk rakyat di dalam negara kita.
AK : Nak beli lilin, lampu suluh, bateri lebih sikit ,..gelap tu..kalau tak jalan,..masuk pergi tidur selama 3 hari. Ini semua kerana ramalan kalender puak Mayan tentang 'The End Of The World" pada tahun 2012. Macam-macam ramalan dan tafsiran dari masyarakat dunia. Allah maha kuasa dan berserah kepadanya. Ehemm..23 Dis adalah hari kelahiran AK di dunia ini.
Nak tahu lebih, pergi ke laman ini:
Kredit: rileksantai.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan