Bomoh dan nelayan juga berusaha membantu mencari..
AK dah lama tak siar artikel disebabkan kesibukan
tugas dan tanggungjawab semasa yang mengekang penulisan AK.
Tapi bila berlakunya kejadian misteri yang menimpa
pesawat MAS MH370, telah membuatkan AK begitu untuk menulis artikel tentang
kejadian tersebut. Kejadian kehilangan MH370 yang telah menggemparkan seluruh dunia
kerana melibatkan kehilangan warga 14 buah negara. Pesawat MH370 bertolak 8hb Mac
jam 12.40 tengah malam dari Kuala Lumpur ke Beijing telah hilang atau ghaib dari pengawasan radar
begitu saja. Pelbagai negara telah membantu mencari atau Search And Rescue
(SAR) operasi menyelamat serta mengesan tanda-tanda jika ada bukti kehilangan
MH370 di titik hilangnya dari pengawasan radar.
Banyak negara membantu mengesan pesawat MH370. Antaranya ialah Amerika, Indonesia,
China, Singapura, Vietnam, Thailand, Filipina, Australia dan terkini Perancis, India, Brunei juga membantu bersama-sama mengesan kehilangan MH370. Iran juga sedia
membantu menyiasat tentang penggunaan passport palsu yang digunakan oleh 2
orang warganya. Pihak Interpol juga sedang menyiasat kejadian kehilangan passport
di Thailand serta mencari bukti siapa yang menjadi ‘Mr.Ali” dalam urusan
pembelian tiket. Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang
bayi dan 12 anak kapal.
Keluasan sasaran mencari telah diperluaskan sehingga
Selat Melaka selain dari Laut China Selatan berhampiran Vietnam. Di dalam laman
sosial pula, kehilangan misteri MH370 menjadi ‘box office’. Ada yang menyiarkan
pendapat peribadi dan tafsiran analisa-analisa dari pihak tertentu tentang
kejadian tersebut. Tidak kurang juga ada yang membuat lukisan kartun dan ada yang tidak perihatin menjadikannya bahan gurauan dan jenaka. Sesetengah pihak pula kejadian tersebut disebabkan
sabotaj atau rampasan kapal terbang oleh pengganas luar dan konspirasi pihak tertentu yang bertujuan untuk
mencapai sesuatu tetapi dinafikan oleh pihak Amerika. Kejadian 2 penumpang
misteri yang menggunakan passport palsu telah pun terungkai yang mana
kedua-duanya adalah warganegara Iran. Seorang berumur 19 tahun dan seorang
berumur 30 tahun. Pihak Interpol dan Iran akan menyiasat sendiket penipuan
passport.
Berpuluh-puluh kapal dan
pesawat telah digunakan oleh pelbagai negara dalam usaha mencari kehilangan
misteri MH370 dan sehingga kini tiada tanda-tanda bukti sahih yang ditemui.
Diharap dalam masa singkat ini usaha-usaha SAR akan berjaya. Pihak China
mendesak agar Malaysia menambahkan usaha untuk meningkatkan pencarian tersebut.
Operasi SAR masih diketuai oleh Malaysia.
Dari sumber-sumber luar, AK juga telah mengambil artikel
luar bagi memperluaskan maklumat tentang insiden MH370. Dalam akhbar-akhbar
dunia seperti BBC, CNN, Al Jazerra dan akhbar terkenal akhbar dunia berita kehilangan MH370 menjadi topik utama.
Bagaimana sebuah kapal terbang Boeing 777-200 yang diketahui sebuah kapal
terbang yang selamat dan canggih boleh hilang tanpa dikesan?, Andainya ada
letupan pada tengah malam tersebut, pihak Amerika pasti akan dapat mengesan dan
pastinya serpihan-serpihan MH370 berterabur di laut dan pasti banyak bahagian
akan timbul dipermukaan laut. Sampai sekarang , tiada bukti yang menunjukkan
kejadian letupan.
AK tertarik dengan temubual En. Richard Quest dalam laman
youtube ini tentang kejadian MH370. (http://www.youtube.com/watch?v=yF8dkbKO_eg) . 17 hari sebelum kejadian, Richard Quest telah menemuramah pilot dan
bersama-sama menaiki pesawat MH370 untuk rakaman rancangan Business Traveller.
Beliau duduk di koptik pesawat pemandu dan mengambil gambar-gambar semasa dalam
perjalanan. Dalam video tetsebut AK terdengar ayat ‘coordinated attack’ dan "attempt" selepas itu. Apakah yang dimaksudkan ‘coordinated
attack’ ?... fikirlah sendiri. AK sendiri pun tidak faham.
Selain daripada itu , juga
terdapat pihak-pihak dalaman mengaitkan peristiwa tersebut sebagai helah untuk
menggelakkan berita sensasi hukuman Anuar. Kes nyawa 239 penumpang MH370 pun
hendak dikaitkan dengan politik. AK harap , bila negara berada dalam situasi
begini, kita semua sama-sama mendoakan keselamatan penumpang MH370. Sekarang sebanyak
34 pesawat dan 40 buah kapal dari pelbagai negara berusaha mengesan MH370 dan
kemungkinan akan bertambah kerana banyak negara ingin menghulurkan bantuan
serta 1 788 bot nelayan Malaysia juga membantu mencari MH370. Maklumat terbaharu menyatakan MH370 kali terakhir berada di Selat Melaka.. ! Terkini ,pihak Amerika akan memperluaskan sasaran SAR mereka ke Lautan Hindi pula..!! fikir sendiri sajalah. Bingung juga AK dengan maklumat yang pelbagai.
:Gambar pesawat dan kapal
Seorang bomoh tradisional juga berusaha membantu. Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan. “Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit. Katanya lagi
“Saya tak dapat jelaskan secara
terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada
dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di
alam ghaib. Selain itu doa-doa dari pelbagai agama dari seluruh dunia juga tidak kurangnya agar mangsa semua selamat. Semoga berkat usaha pencarian oleh semua pihak samada secara
tradisional dan SAR akan beroleh kejayaan tak lama lagi. #PRAYFORMH370
AK~ Sedih melihat gambar keluarga mangsa
Sumber:
Artikel blog2 /Suaragenarasibaru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan