Ahad

Sejarah dan pelbagai tip mengenal telefon bimbit anda

Sejarah ringkas dan jenis-jenis kategori hp di pasaran

Telefon bimbit sekarang ibarat barang  keperluan asas bagi kita semua. Sejak dari zaman 80an hingga sekarang, pembangunan teknologi alat komunikasi ini telah mengubah cara penggunaan dan rupa bentuk telefon bimbit. Dulu, kita sering 'bergayut' pada telefon guna duit syiling dan kad. Memang tidak terfikir oleh kita telefon bimbit ini. Kecanggihan teknologi telah mengubahkan semua itu. AK sendiri pun pernah merasai awal zaman telefon jenis ini. 




Masa berlalu dengan pantas, teknologi berubah dan sampai sekarang pula zaman telefon bimbit atau telefon pintar. Dari budak sekolah rendah hingga orang dewasa pun dah menggunakan telefon bimbit sekarang. Syarikat-syarikat utama telefon bimbit berlumba merekacipta bentuk telefon masing-masing untuk menguasai pasaran. Antara syarikat-syarikat yang terkenal dulu Nokia, Sagem, Motorola dan iphone. Ini adalah syarikat yang menguasai teknologi komunikasi telefon pada masa itu. Iphone adalah syarikat yang mula-mula mengeluarkan telefon pintar ini pada tahun 2007. Dari situ bermulalah pasaran telefon pintar. Penjualan yang mencecah beratus-ratus juta Iphone telah menyebabkan telefon jenama Nokia dan jenama lain telah merudum dengan teruknya. Selepas itu telefon pintar jenama Blackberry mula  memberi saingan kepada Iphone. Maka bermulalah syarikat-syarikat dari Asia  membuat telefon bimbit jenama sendiri iaitu Samsung dan HTC. Samsung telah merekacipta telefon bimbit dengan teknologi terkini serta mampu milik bagi kebanyakkan rakyat yang berpendapatan sederhana.  Dengan menjual harga yang mampu milik dengan teknologi yang terkini, Samsung dan HTC menjadi pilihan pembeli termasuk AK juga. 

Motorola Dynatac 800X
Telefon iphone dan Blackberry telah menguasai pasaran sebelum kedatangan telefon jenama Samsung dan harganya pula mencapai ribuan ringgit. Bagi golongan yang mampu memang dapat membeli iphone dan bagi rakyat berpendapatan rendah kena tengok sajalah....AK pun dulu teringin nak beli tapi apakan daya...paham-pahamlah yer...Inilah sumbangan terbesar pereka asal teknologi telefon bimbit dulu iaitu Martin Cooper yang mula mencipta telefon bimbit pada tahun 1973. Telefon bimbit yang awal sekali ialah Motorola Dynatac 800X  yang berharga US4000. Cuba kita tukar nilai mata wang tersebut dengan RM..hampir RM15 600 (3.90 x 4000). Dalam tahun 1985, telefon ATUR diperkenalkan dan disusuli oleh Nokia dalam tahun 1993. Bermulalah zaman telefon bimbit. AK sampai sekarang masih ada simpan Nokia 3310. ...kau ade..?



Tip pengesanan telefon original atau tidak original serta kategori telefon di pasaran.

Ramai pengguna atau pembeli mudah terpedaya kepada jurujual yang panadai bermain kata-kata. Akhirnya termakan godaan dan membeli telefon bimbit yang dikatakan ori tapi sebenarnya tidak. Oleh itu di sini ada tip-tip bagi pengguna untuk mengesan samada gadjet handphone yang dibeli itu adalah ori atau tidak. Pasaran kita sekarang melambak dengan h/p tiruan yang menyerupai yang ori. Hanya orang yang ada mempunyai pengetahuan saja yang dapat membezakannya.


Ok, di bawah ini menerangkan cara-cara mengesan atau mengenal handphone anda. Setiap gadjet h/p yang kita beli ada nombor imei (International Mobile Equipment Identity) masing-masing. Setiap gadjet ada 15 angka. Lihat pada angka yang ke 7 dan 8 sahaja. Untuk mengenalpasti gadjet yang anda beli adalah dari negara mana dan kualitinya. Pertama sekali dail *#06# . Akan keluar nombor IMEI. Lihat pada digit nombor yang ke 7 dan 8 sahaja.



Contoh : 334523048712435 -Jadi angka 04 adalah digit yang ke 7 dan 8. Dibawah dinyatakan gadjet anda diperbuat dari negara mana. Rujuk rajah bawah:




Ada juga angka yang ke 7 dan  ke 8 = 06 ~ AK tak pasti tahap kualiti tetapi ada sumber tak rasmi serta bisik-bisik menyatakan ianya dari pembuat kilang jenama tersendiri dengan menggunakan bahan yang sama (dibeli) dari pembuat telefon jenama terkenal. juga. Telefon sekarang juga ada yang mempunyai dua dan empat' sim card'.


Jenis Kategori smartphone / telefon bimbit / ponsel

Di pasaran memang banyak jenis-jenis telefon tiruan yang hampir serupa dengan telefon pembuat jenama asalnya. Ianya bertujuan untuk mengaut keuntungan daripada pembeli yang kurang berkemampuan untuk membeli telefon jenama terkenal. Memang smartphone yang original harga pasarannya agak tinggi sesuai dengan kecanggihan dan bagi yang mampu tentu tidak mempunyai masalah untuk memilikinya tetapi bagi yang kurang mampu, itu saja pilihan yang ada. Kebanyakan telefon tiruan ini datangnya dari negara China, tetapi sekarang banyak syarikat jenama-jenama terkenal pun telah membina telefon dan perisiannya di negara China kerana kos buruh dan pasaran yang tinggi di Asia.




1. Telefon Tiruan atau Palsu ~ bentuk dan rupa menyerupai hp yang berjenama dari segi rupa ,bentuk dan skrinnya tetapi secara luarnya kita boleh nampak perbezaan warna skrin dan kehalusan 'slide' skrinnya. Bagi orang yang tidak mengetahui atau orang yang jenis tak kesah, golongan ini mudah tertipu dengan tawaran-tawaran dari penjual h/p dan smartphone tiruan ini. Harganya yang murah telah menarik minat pembeli 'tak kisah  ini. Mereka hanya mahu bergaya. Apa yang mereka tidak tahu ialah kualitinya yang memang agak teruk dan penggunaannya hanya sementara. Jaminan memang tidak ada. Ada yang hanya berfungsi 2, 3 bulan saja. Kalau nasib baik dapatlah sehingga setahun.


2. Telefon AP Set ~ Apa itu AP ?, Telefon yang diimport dengan kebenaran kastam bermaksud telah dicukaikan oleh kastam dengan mendapat ' Approval Permit' (AP). Telefon jenis AP set ini diimport oleh syarikat lain selain daripada pengedar yang sah. Kalau syarikat-syarikat besar yang mengimportnya mungkin kita akan mendapat jaminan tetapi bukan jaminan daripada syarikat jenama telefon tersebut tetapi daripada syarikat tersebut. Apabila terjadi sesuatu masalah, jaminan aksesori seperti pengecas bateri, tidak semestinya bahan yang original malah diganti dengan bahan tiruan. Harga bagi telefon AP set ini sedikit murah daripada harga telefon original.


3. Telefon Underground/Underwater ~ Bermaksud telefon seludup, haram atau lari dari cukai kastam. Sememangnya telefon underground/underwater ini murah. Jaminan hanya oleh kedai itu saja. Kalau rosak, perlu hantar di kedai tersebut sahaja. Bahan ganti tidak semestinya yang original dan




4. Telefon Klon ~ Mungkin telefon ini agak baru bagi sesetengah pembaca. Telefon jenis ini boleh dikatakan kategori baru. Telefon klon memang agak sukar untuk dibezakan dengan telefon original. Boleh dikatakan 70-90 peratus hardware/software, bahan, bentuk dan aplikasinya dari bahan original daripada telefon yang berjenama utama di dunia. Bagi mereka yang tidak mahir dalam membezakan telefon ori dan bukan ori ini, mereka akan tertipu (tipah tertipu). Kadang-kadang ada penjual yang sengaja mengeksploitasi pembeli yang tidak mahir ini. Pembeli haruslah berhati-hati. Kalau nak beli yang original, belilah di kedai-kedai yang telah didaftarkan atau pengedar yang sah oleh syarikat jenama-jenama telefon tersebut seperti kedai Samsung, Iphone, Nokia dan sebagainya. 
Telefon klon ini harganya murah dan boleh dikatakan satu pertiga atau separuh harga daripada yang original. Fungsi aplikasinya sama dan perbezaan kelancaran skrin pun tidak begitu ketara dengan telefon yang ori. Yang dapat membezakan telefon tersebut original atau tidak ialah imei dan melihat dari aplikasi benchmark. Terdapat banyak negara yang membuat telefon klon ini. Ada dari benua Eropah, Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Amerika Latin. Ada syarikat-syarikat telah mendaftarkan telefon klon ini atas nama syarikat mereka dan mempunyai simbol atau logo jenama syarikat mereka tersendiri. Mengenai jaminan pula, ianya antara pembeli dengan pekedai atau syarikat pembuat tersebut. Telefon jenis ini boleh diberikan kualiti antara 3-4 bintang dari 5 bintang. Ok lah tu..bagi yang tak berkemampuan hii.hii.





5. Telefon tak boleh tiru ~ Satu jer telefon yang sukar ditiru iaitu 'iPhone'. Ini adalah kerana syarikat iPhone mengenakan kawalan keselamatan yang tinggi serta bahan sistem operasi berlainan dan mustahil ditiru iaitu 'ios'. Telefon iPhone ini hanya boleh di tiru dari segi bentuknya sahaja. AK pun berminat juga nak sambar hp ini tapi bila memikirkan hp ini banyak aplikasi nak duit..duit..duit.. kalau nak download sesuatu aplikasi, berfikir juga. Harga hp iPhone ini agak mahal dan terpulang kepada citarasa pembeli sendiri. Mampu beli, tak mampu jangan beli ..senang jer. Ada pun yang AK nampak telefon bentuk 'iphone' tapi OS nya android. Manusia memang kreatif demi wang.



AK: ~ Kalau nak beli telefon, terpulanglah kepada pembeli kerana pembeli pasti akan mengkaji dulu jenis telefon yang hendak di beli. Nak beli yang original, baik pergi beli ke kedai berdaftar oleh syarikat dan jangan jadi 'Tipah Tertipu'. Tepuk poket tanya sendiri. Kalau ada  maklumat kureng tepat harap maafkan..AK pun hanya insan biasa..


Kata-kata pengikut tweet AK yang terpilih:

": Tperati2 urg, dah ya tetak2.. Urg camtok mudah mintak digasak muka make berus dawei nak oh.." Ya paloi

Never underestimate social media. The ignorant bimbos may had their fun poking each other not knowing will be in trouble with the law

kLau lelaki .. apa yg paling bgus bgi hadiah ..?? Bgi Suggestion kunun .. Bengang aQ nie ..!!

Ku dgr kau cinta sgt padanya.ku dgr hatimu kini miliknya.dia kn mnjdi tmn seidup dan semti.aku menjdi sahbatmu.

LELAKI nampak ‘Handsome’ bila dia SEMBAHYANG, PEREMPUAN nampak cantik bila TUTUP AURAT, PONDAN gelisah apabila nak MASUK TANDAS. :3





2 ulasan:

Hafiz Rahim berkata...

aku paling suka nokia 3310

aljukimong@ AK berkata...

masih simpan ker 3310 Hafiz.? Saya masih gi