Sabtu

Safee...mungkin terima RM100,000 sebulan.!!

Khabarnya mungkin lebih RM91,521 sebulan: "Aku nak main bola"....AK..


          
















        Mungkin ini akan terkeluar daripada mulut anak-anak muda sekarang  yang minat nak main bola sepak padang (bukan futsal). Era liga bola sepak Malaysia kini dah kian rancak dan pembelian pemain-pemain yang ternama tempatan dan eropah oleh persatuan negeri dan kelab sedikit sebanyak akan meningkatkan taraf kualiti permainan bola sepak negara. Kerancakan pembelian pemain ternama serta gaji yang lumayan sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan permainan jesteru akan memberi dorongan kepada belia-belia negara untuk bermain dalam kancah bola sepak Malaysia.
      
      Kalau dulu pendapatan yang agak kurang lumayan dan terhad dalam permainan bola sepak padang ini telah sedikit sebanyak menyebabkan belia-belia negara berpindah kepada bola sepak gelanggang iaitu futsal. Sekarang banyak pertandingan futsal diadakan diceruk-ceruk bandar dan luar bandar bagi mengisi ruang belia-belia kita terlibat dalam aktiviti riadah dan hanya belum diadakan secara formal di peringkat sekolah.


         
















    Peralihan permainan bola sepak oleh belia  ke medan futsal sedikit sebanyak telah menyebabkan kurangnya pertandingan bola sepak padang selain faktor-faktor lain seperti kemudahan padang serta pembangunan. Futsal adalah satu sukan yang baik untuk dimainkan oleh semua kerana gelanggang yang kecil (simen atau rumput) dan banyak diadakan di dalam gelanggang. Adakah kemahiran futsal ini sama dengan kemahiran bola sepak padang..? Ak dulu memang seorang yang minat bermain bola sepak padang dan bila AK bermain  futsal, serbi tak kena jer..hii..hii..tak tahu lah orang lain..Itu terpulanglah kepada generasi muda kita bebas untuk  memilih sukan dan permainan samada  bola sepak padang atau futsal .Kemahiran dalam futsal kadang-kadang boleh membantu menambah kemahiran dalam bola sepak ini.

       
     Berbalik pula kepada Liga Super 2013, kepulangan pemain penyerang negara Safee Sali ke liga tempatan boleh dikirakan  baik untuk negara serta dapat menolong atau membantu Safee yang bermain di kelab Indonesia daripada masalah persatuan bola sepak Indonesia kerana khabarnya pihak fifa akan mengambil tindakan terhadap persatuan Sepak Bola Seluruh  Indonesia (PSSI) jika masalah atau kemelut dalaman PSSI  dan KPSI mereka tidak diselesaikan. Safee telah dipinjamkan oleh kelab Arema kepada Johor. Safee boleh bermain dalam kelab Arema selepas enam bulan pinjamannya jika kelab Arema memerlukannya.


      Semasa dalam kelab lamanya dulu dikhabarkan Safee mendapat gaji bulanan sebanyak RM91,215. Wah memang lumayan. Safee, 28, memulakan karier di Indonesia pada Februari 2011 bersama Pelita Jaya FC dan bergelar pemain jutawan selepas ditawarkan kontrak lanjutan oleh kelab itu selama dua tahun dengan nilai lebih RM2 juta. Safee dikhabarkan akan menerima gaji lebih tinggi daripada apa yang diterimanya bersama kelab asalnya berjumlah RM91,251. Agak-agak RM95,000-RM100,000 rasanya. Biarlah, dia memang layak. Dalam hati AK, pun nak jadi macam Safee...tapi zaman AK dah berlalu. Bagaimana pula dengan gaji Norshahrul @ Mat Yo (26)..? pemain berprestasi tinggi dalam liga super ,berapa pula agaknya..? walaupun dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan piala AFF beliau belum menjaringkan gol. Mungkin kena kawalan ketat pemain lawan. Kita tunggu sendiri pengesahan daripada Mat Yo kalau dia nak beritahu jumlah tawaran dari Johor.


Dengan gaji yang lumayan dalam liga super, sedikit sebanyak akan memberi motivasi atau semangat dalam liga tempatan serta menjadi perangsang supaya bermain dengan lebih baik baik bagi pasukan kelab, negari atau negara. Selain daripada itu ini akan membuat pemain akan bermain bersungguh-sungguh  dan kalau bermain sambil lewa bermakna kena tendang kelab atau persatuan yang mereka ikuti. 
Apa yang penting semangat untuk mewakili negara perlu ada pada mereka. Seperti kita tahu Nazmi Fais sedang bermain dalam kelab liga Divisyen 1 di Portugal iaitu kelab SC Biera-Mar dari Portugal yang juga dikhabarkan dalam Sinar Harian yang lalu mendapat gaji sebanyak £76,000 sebulan bersamaan lebih kurang RM300,000. Tapi tidak apa, Nazmi masih muda dan peluang untuk mewakili team senior negara masih ada. Selepas ini pula Ahmad Fakhri Sharani pula yang mungkin berkelana ke eropah, kita tunggu saja. Apa-apa pun Hidup ‘HARIMAU MALAYA’. Kalau bukan rakyat kita siapa lagi yang nak sokong HARIMAU MALAYA.



AK : Masa kecil dulu minat main guli dan main bola sepak guna bola tennis....main waktu malam. Zaman sekarang Ak tidak nampak budak-budak main bola sepak guna bola tennis.....selamat membaca.... 



AK selitkan juga gambar-gambar pemain-pemain negara yang bakal menggegarkan bola sepak negara satu masa nanti.












SASARAN  MALAYSIA      
            
           BILA ?






     

Tiada ulasan: