Jumaat

Penjelajah Masa :Lelaki Dari Masa Hadapan 2256



Berasal dari tahun 2256..... !



        Pada tarikh 28 Januari 2003, Seorang lelaki bernama Andrew Carlssin ditahan oleh FBI atas permintaan SEC (Security and Exchange Commission) untuk disoal siasat atas kecurigaan melakukan insider trading. Kecurigaan itu bermula ketika SEC mengetahui bahawa Carlssin berjaya meningkatkan portfolionya yang bernilai $800 menjadi  $350 juta hanya dalam masa dua minggu. Dalam siasatannya di hadapan FBI, Carlssin yang berusia 44 tahun memberikan penjelasan yang luar biasa bagaimana dia mendapatkan kekayaannya tersebut. 

Dia mengakui bahawa dia berasal dari tahun 2256. Selama empat jam soal siasat, Carlssin mengatakan bahawa ia adalah seorang time traveller, seorang yang berasal dari tahun 2256. Carlssin mengakui bahawa ia datang dari tahun 2256 di mana pengetahuan tentang volatilitas pasaran saham adalah sesuatu yang biasa sehingga setiap orang yang mengetahui sejarah pasaran saham boleh mengambil keuntungan darinya. 

Untuk membuktikan pengakuannya, Carlssin memberikan ramalannya tentang tarikh pasti pencerobohan Amerika ke Iraq, dan ia memberikan tarikh yang tepat. Carlssin juga menawarkan untuk memberi tahu lokasi Osama Bin Laden dan ubat penyembuhan bagi AIDS. Yang dia mahu hanyalah dilepaskan dan dibiarkan kembali ke mesin waktunya. Ketika ditanya, Carlssin menolak untuk memberitahu lokasi mesin waktunya atau membincangkan cara kerjanya kerana takut teknologi itu boleh jatuh ke tangan orang yang salah. FBI tidak begitu saja mempercayai cerita Carlssin. 

Namun sebuah sumber dari SEC mengakui bahawa tidak seorang pun yang dapat mengesan asal-usul Carlssin sebelum Disember 2002. Seakan-akan Carlssin tidak pernah ada sebelum itu. Weekly World News menulis bahawa mereka berjaya menemubual Carlssin melalui telefon dan Carlssin berkata bahawa dia sedang berada di Toronto dan sedang menyiapkan sebuah syarikat yang akan dibuka pada tahun 2007. Carlssin mengakui bahawa pada tarikh 29 Mac 2003, dia dilepaskan oleh FBI atas kebaikan hati dari seseorang yang tidak dikenali yang memberikan wang jaminan bernilai 1 juta dolar. Kisah ini masih merupakan misteri yang terbuka.


AK pun teringin juga nak tengok masa depan dengan mesin Doremon...hiii..hiii...hiii...





Masa dan waktu amat berguna, jangan sia-siakan masa anda

Tiada ulasan: