Kedai Santai Si Jiak Pantai Bungai, Bekenu.Miri
Sarawak
mempunyai pelbagai pakej pelancongan yang menarik. Sarawak dibahagikan kepada
bahagain atau nama di semenanjung dipanggil jajahan. Bermula dari bandaraya
Kuching hingga ke Bandar Lawas sempadan Negeri Sabah , terdapat pelbagai
kawasan yang menarik untuk pelancongan.
Untuk ruangan kali ini, AK akan bercerita tentang sebuah tempat
pelancongan di utara negeri Sarawak
iaitu di bahagian Miri.. Bahagian
Miri dibahagikan kepada 3 daerah besar iaitu Bandaraya Miri, Subis dan Baram. Anggaran jumlah penduduk di bahagian Miri
sekarang dalam lingkungan 278 000 – 280
000 orang merupakan bilangan penduduk
yang kedua terbanyak selepas bandaraya Kuching.
AK akan menceritakan sebuah
pantai atau tempat pelancongan yang sesuai untuk individu dan juga keluarga bercuti merehatkan diri ,minda dan tempat bagi
melepaskan kepenatan setelah penat bekerja atau sebagainya iaitu Pantai Bungai
Bekenu.
Jarak Bandaraya Miri ke PantaiBungai sekitar 46-50 km yang terletak dalam daerah Subis. Ianya mengambil masa
selama 40 minit hingga 50 minit untuk sampai ke Pantai Bungai. Kawasan kampung (Kpg
Bungai) di Pantai Bungai majoritinya didiami oleh kaum Kedayan dan beragama
Islam.Kebanyakan penduduk di Kpg Bungai bekerja sebagai petani, nelayan dan ada
juga yang bekerja di sektor swasta maupun sektor awam. Pantai Bungai sekarang
dalam proses penambahbaikan dan pembinaan pentas serta infrastruktur baru bagi
keselesaan para-para pelancong untuk melawat pantai tersebut.
Pantai Bungai menghadap Laut
China Selatan dan suasana untuk melihat matahari terbenam amat sesuai.
Pantainya yang bersih dan panjang memang sesuai untuk kita beriadah. Tentang
penginapan tidak menjadi masalah kerana di situ banyak terdapat chalet-chalet ,
yang murah serta “Homestay” juga terdapat di situ. Hujung minggu,ramai
pengunjung,pelancong dari luar datang bersantai di Pantai Bungai.
Dua tahun yang lalu masalah
tempat makan menjadi masalah dan
sekarang ianya tidak menjadi masalah lagi. Berdekatan dengan pantai Bungai
terdapat kedai makanan yang menarik serta sesuai untuk seisi keluarga. Salah
satu tempat makanan yang menarik di Pantai Bungai ialah Santai Si Jiak. Selain makanan dan minuman biasa, mereka juga ada menjual ais kacang , ABC (Air Batu
Campur). Memang sesuai untuk pengunjung di tepi pantai bila pekena ais kacang
nie.
Pondok Makan Santai Si Jiak, Pantai Bungai. |
En Hj. Abdul Gani B. Kamit |
Nampak Pentas Pantai Bungai dari Kedai Santai Si Jiak. |
Kedai Santai Si Jiak
ini adalah kepunyaan individu iaitu bernama Encik Hj.Abdul Gani Bin Kamit. Kedai makan ini telah dibuka pada penghujung tahun 2014 bulan Disember. Suasana gerai dan pondok2 gerai mereka terletak
ditepi laut dikelilingi pokok-pokok ru, benting pasir sungai dan menghadap ke
laut serta kita dapat melihat matahari terbenam (sunset) tanpa dihadang oleh
pokok-pokok membuat kita berasa selesa berteman tiupan angin laut. Waktu
operasi kedai makan Santai Si Jiak ini pula seperti Rajah 1:
Selasa-Jumaat
|
1.00pm – 7.00pm
|
Sabtu dan Ahad
|
9.00 – 7.00pm
|
Isnin
|
Cuti Rehat
|
RAJAH
1
Selain tempat makan, En. Hj Abdul
Gani juga ada menyediakan tempat tinggal bercorak Semi-D dan sebuah rumah sewa panjang
yang diberi nama “JATI DIRI FARMSTAY” (klik sini). Terdapat 10 buah bilik
disediakan.
2 Unit Semi-D(4 Bilik
Berhawa Dingin)
|
RM120 semalam plus sarapan
RM140 semalam plus sarapan
& makan malam
|
6 Bilik Kipas
|
RM80 semalam plus sarapan
|
1 buah bilik yang dpt
memuatkan 30 pelajar (Double Decker)
|
Bilik Berhawa Dingin Semi-D |
Selain itu terdapat juga chalet2 lain yang terletak betul2 berdekatan dengan
Pantai Bungai. En. Hj Abdul Gani juga ada menyediakan pakej-pakej menarik untuk
pelancong yang inginkan melakukan aktiviti lain contohnya:~menjelajah ke air
terjun berhampiran,jungle tracking ,nature walk dan yang paling menarik sekali
ialah ada An all-terrain vehicle (ATV) ride. Terdapat tiga buah ATV 4 roda
disediakan dan sewaan mengikut jam. Sejam hanya RM30.00 sebuah.
ATV & BANANA BOAT |
An All Terrain Vehicle (ATV) |
Power Kite |
~>En. Hj Abdul Gani juga ada
menyediakan sewaan seperti “Power Kites” dan “Banana Boat”. Sewaan bagi “Banana
Boat” ialah RM20 sejam. Bagi yang kaki pancing ada pakej memancing. Pengunjung hanya
perlu bawa GPS dan rod pancing sendiri .Kawasan
laut persisiran Pantai Bungai memang kaya dengan pelbagai jenis ikan yang
menarik. Sebelum ini Hj Abdul Gani memberitahu pelancong-pelancong dari Jerman telah
menyewa bot untuk memancing ikan. ..AK minat pancing ikan di pasar ikan saja… J ... Apa yang paling istimewa jika kita bermalam di sini ialah kalau bernasib baik kita akan dapat membeli makanan laut yang 'fresh' dari nelayan tempatan seperti udang, ikan fresh yang masih lagi melekit kulitnya.
Apa lagi, rancanglah cuti
dan jika pergi ke bandaraya Miri, jangan lepaskan peluang untuk meneroka
keindahan hidupan laut serta flora dan fauna di sekeliling Pantai Bungai. Jika memerlukan pengangkutan dari Miri ke Pantai
Bungai , bolehlah hubungi 014-6923243 (En.Allie). Jika hendak mengetahui info lanjut pakej-pakej menarik, boleh telefon Encik Hj Abdul Gani -019-8247826
"AK minat laut tapi, bila teringat cerita JAWS... geli rasanya...huu..huuu"
7 ulasan:
saya belum lagi ke Miri walaupun memang orang sarawak..masa muda dulu tak sempat nak jalan-jalan..sekarang dah tua la pulak..he..he..
Tak apa Hanafi..kalau ada rezeki..sampailah di Bandaraya Miri..hanya perlu cari luangkan masa dan rancang dr awal
Best kan bercuti di Miri~ !
Jika Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
Kami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan.
Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di
pasaran !
www.hrbcarrental.com
NAK CARI MUSLIM TRAVEL DI MIRI,
HUBUNGI KAMI 0128451219...
PAKEJ MURAH
MIRI/NIAH/BRUNEI DARUSSALAM.
marek pegi sia tapi xtauk kewujudan tempat makan and chalet ya, perlu diiklankan supaya ramai lagi yg tauk tempat tok.
Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282214441280
Call : +6282282222896
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Website : www.paketpelanconganbandung.com dan www.dhanitourbandung.com
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...
KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL
Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Untuk apa cari harga yang lebih murah jika service nya kurang berbaloi dan tidak memuaskan ^_^
Wassalam dan Terima Kasih.. ^_^
JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA
Hotel KOTOR!!
Catat Ulasan