Bandaraya Miri ~ Bandar Peranginan Utara Sarawak
Bandaraya Miri adalah adalah bahagian keempat daripada 11 bahagian dalam negeri Sarawak. Bandaraya Miri sekarang dianggarkan mempunyai kepadatan penduduk seramai 300 000 hingga 330 000 sekarang.
Pertambahan penduduk Miri berlaku kerana penghijrahan penduduk luar bandar dan kemasukan penduduk luar bahagian lain samada untuk mencari keselesaan hidup dan peluang pekerjaan yang banyak. Miri diistiharkan sebagai bandaraya kedua selepas Bandaraya Kuching pada 20 Mei 2005. Bandaraya Miri terkenal sebagai ‘Bandaraya Peranginan’ selain sebuah bandar minyak di Malaysia. Penemuan minyak di Malaysia adalah bermulanya di Miri pada tahun 1910. Tumbuhnya gedung-gedung pasaraya yang moden , perkhidmatan serta kemudahan prasarana yang lengkap telah menyebabkan segala aktiviti-aktiviti seharian berjalan dengan lancar serta sibuk.Bahagian Miri terbahagi kepada 3 daerah utama iaitu daerah Miri , Subis dan Baram.
Kemudahan
pengangkutan yang banyak dan mudah didapati seperti teksi, kereta sewa, bas
awam tanpa konduktor telah menunjukkan betapa bandaraya Miri telah maju. Bandaraya
Miri telah mengamalkan pengangkutan bas bandar tanpa konduktor yang pertama di
Sarawak sebelum diikuti bandar-bandar lain di Sarawak. Ia agak mudah untuk
bergerak di sekitar Bandaraya yang Miri cukup kecil untuk bersiar-siar.
Pelancong-pelancong dari negara jiran Brunei Darussalam memang sentiasa
membanjiri bandaraya Miri setiap hujung minggu dan tak hairan suasana jalan
yang sesak ketika hujung.
Berkenaan tempat penginapan, pelbagai pilihan tempat
penginapan yang disediakan di bandar Miri dari pusat peranginan
mewah, apartmen dan hotel, rumah tumpangan dan rumah tamu, tidak menjadi
masalah untuk pengunjung mencari tempat tinggal yang memenuhi keperluan
serta bajet . Kalau nak penginapan yang banyak bintang - Miri Marriott
Resort tapi kena tambah bajet. Kedai makanan yang pelbagai,
masakan antarabangsa dan kafe yang selesa dan gerai-gerai makanan, kedai-kedai
makanan segera, makanan halal sangat mudah didapati untuk orang Islam. Kawasan pusat
komersial yang sibuk di tengah-tengah bandar dan kompleks membeli-belah
yang berhawa dingin di sekitar Miri pasti memenuhi segala keperluan anda
seperti bandar besar di negeri lain. Selain tempat pasaraya, terdapat 14 taman
awam dan rekreasi di Miri di antaranya ialah Taman Bulatan Miri , Taman Selera
( Tempat perkelahan-Tg Lobang), Taman Awam Miri, Marina Bay, Taman Buaya-Kuala
Baram, Luak Bay Esplanade-Pantai Luak, Muzium Sains Petronas-Bukit Kanada (boleh
lihat sebahagian bandaraya Miri dari bukit ini), Taman Miri City Fan-pernah
dianugerahkan sebagai taman bandaraya
berlandskap terbaik Malaysia pada tahun 2001, Hawaii Beach-Kampung Bakam, Taman
Negara Bukit Lambir, Borneo Tropical Rainforest Resort-38km dan Pantai Lutong
Beach. Pada masa sekarang ada dua projek besar sedang dalam pembinaan dan
perancangan iaitu Marina Park dan Miri
Waterfront.
Bandaraya Miri juga menjadi
tempat tinggal kepada sebilangan besar penduduk asli Sarawak seperti Melayu
Brunei, Iban, Bidayuh, Penan, Kayan, Kenyah, Punan, Lun Bawang, Berawan, Dalik,
Miriek, Melanau, Kiput, Kedayan dan Kelabit. Terdapat banyak acara kebudayaan
yang diadakan di Bandaraya Miri, seperti sambutan Gawai Dayak dan Minggu
Warisan Kebudayaan Miri - majlis besar-besaran apabila anda mempunyai peluang
untuk melihat semua komuniti tempatan asli berkumpul bersama-sama. Seperti yang
diketahui negeri Sarawak mempunyai banyak kaum dan anggaran bilangan kaum di
Sarawak ialah 28 kaum yang diketahui. Kaum Melayu pula asalnya kaum yang
berhijrah dari Brunei ke Miri kerana sejarah telah menyatakan bahawa Sarawak
ini dahulu adalah di bawah naungan negara Brunei. Sekarang, tidak menjadi
kelainan perkahwinan campur di Sarawak. Keturunan keluarga AK sendiri pun dah
banyak campuran kaum. Bagi pengunjung yang baru sampai ke bandaraya Miri,
memang susah dan sukar untuk mengenal pasti jenis-jenis kaum bila berjumpa
dengan hanya menatap wajah saja. Bulan Jun merupakan bulan sambutan Hari Gawai di Sarawak bagi kaum dayak. Kalau nak tengok macam mana budaya ketika menyambut Hari Gawai di rumah panjang..jom, datang dan tengok sendiri.
Selain bandaraya Miri,
pekan-pekan kecil yang berhampiran dengan bandaraya Miri tidak kurang hebat dan
keistimewaan seperti pekan Bekenu, pekan Batu Niah dan pekan Marudi. AK hanya
bercerita 2 buah pekan saja untuk kali ini iaitu Pekan Bekenu dan Pekan Batu
Niah. Siapa yang tidak kenal ‘Gua Niah’ ?. Gua yang terkenal di kalangan
masyarakat antarabangsa dan merupakan gua warisan dunia. Untuk sampai ke Gua
Niah kenalah melalui pekan Bekenu yang terkenal dengan hasil tani dan
perikanan. Pekan Bekenu hanya memakan masa selama 45 minit hingga 50 minit saja
dari bandaraya Miri melalui jalan persisir pantai atau 45 km, manakala masa
untuk ke Pekan Batu Niah pula memakan masa selama 1 jam hingga 1 jam 30 minit
kira-kira anggaran jarak 90 km melalui jalanraya persisir pantai. Untuk makluman anda, kawasan Bekenu, Niah di dalam daerah Subis. Kebanyakan penduduk setempat mengusahakan hasil pertanian seperti pekebun kecil dan perladangan terutamanya penanaman kelapa sawit. Selain itu ada juga menyara hidup sebagai nelayan.
Pekan Bekenu (
Ikon Buah Sawit)
Sebuah pekan kecil yang sedang pesat
membangun. Bekenu terkenal dengan hasil pertanian yang pelbagai seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan. Majoriti penduduk di kawasan Bekenu adalah kaum
Kedayan selain kaum Iban, Melayu, Melanau dan menurut kajian pakar ,Bekenu Sibuti asalnya diduduki oleh kaum Dalik dari keturunan Orang Kaya Bilong,Orang Kaya Lubok dan Orang Kaya Janai (BADAMI~ Bakong,Dalik,Miriek) Kebanyakkan penduduknya adalah
beragama Islam. Apabila tiba hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad, ramai
pengunjung samada dari kawasan bandar Miri dan Niah datang ke Bekenu untuk ke
pasar tamu Bekenu. Nak cari pelbagai hasil tani dari buah-buahan hingga ke
sayur-sayuran serta hasil nelayan yang ‘fresh’..bak kata pakcik dalam siaran
televisyen dulu ‘Macam-macam ada’.
Selain itu terdapat tempat rekreasi iaitu Pantai Bungai, Pantai Peliau dan
Pantai Tusan. nak tahu lagi tentang Bekenu klik ke sini
Pekan Batu Niah (Ikon Burung Layang-Layang)
Sebuah pekan kecil yang sibuk
dengan urusan seharian selain mempunyai tempat pelancongan yang terkenal iaitu
Gua Niah. Ikonnya pula ialah ‘Burung Layang’. Ak dah 3 kali sampai ke Gua Niah
masa muda remaja dulu. Sekarang tak larat AK nak jalan, lutut terasa lenguh. Kalau
kita nak pergi ke gua batu kapur Gua Niah, kita akan singgah di Taman Negara
Niah di Pangkalan Lobang. Jarak pekan Batu Niah ke Taman Negara Niah 3 km. Daftar
dulu di kaunter Taman Negara .Dari taman Negara Niah kita akan menyeberang anak
sungai dan akan melalui Muzium Sejarah . Jarak masa perjalanan dari Taman
Negara Niah ke Gua Niah kira-kira 40-45 minit dengan hanya berjalan kaki.
Pengunjung akan berjalan menggunakan jalan berupa laluan papan belian (plankwood)
yang sebesar 1 setengah meter.
Kita tidak akan terasa penat kerana sambil berjalan kita akan menikmati keindahan flora dan hutan rimba di sekelilingnya. Jaraknya untuk sampai ke gua ialah 9 km. Seperti yang kita ketahui di dalam Gua Niah kita akan dapat melihat sarang burung layang-layang (walit) dan seni artifak berupa lukisan purba orang-orang dahulu kala. Pesan Ak, kepada sesiapa yang sudah selesai mengunjungi Gua Niah, minta ler sijil lawatan sebagai tanda kenang-kenangan. Rugi tak minta dan dapat menjadi bukti kita pernah sampai ke Gua Niah. Kena guna pakaian yang sesuai dan bawa air secukupnya. Yang sakit lutut semput, dan asma, tak payah ler nak pergi. Nak tengok gambar-gambar di Niah,klilk sini:~
http://www.panoramio.com/map/#lt=3.804325&ln=113.752661&z=2&k=2&a=1&tab=1&pl=all
Di bawah ini AK sertakan sedikit gambar tentang Bandaraya Miri.
Kita tidak akan terasa penat kerana sambil berjalan kita akan menikmati keindahan flora dan hutan rimba di sekelilingnya. Jaraknya untuk sampai ke gua ialah 9 km. Seperti yang kita ketahui di dalam Gua Niah kita akan dapat melihat sarang burung layang-layang (walit) dan seni artifak berupa lukisan purba orang-orang dahulu kala. Pesan Ak, kepada sesiapa yang sudah selesai mengunjungi Gua Niah, minta ler sijil lawatan sebagai tanda kenang-kenangan. Rugi tak minta dan dapat menjadi bukti kita pernah sampai ke Gua Niah. Kena guna pakaian yang sesuai dan bawa air secukupnya. Yang sakit lutut semput, dan asma, tak payah ler nak pergi. Nak tengok gambar-gambar di Niah,klilk sini:~
http://www.panoramio.com/map/#lt=3.804325&ln=113.752661&z=2&k=2&a=1&tab=1&pl=all
Di bawah ini AK sertakan sedikit gambar tentang Bandaraya Miri.
Marina Bay, Jalan Brighton |
Restoran Sajian Warisan |
Merdeka Mall |
Merdeka Mall |
Cari pengangkutan tanpa had perjalanan di Miri, bolehlah e-mail AK :aljukimong@gmail.com
5 tweets pengikut AK dalam tweeter yang terpilih:~
uhmm....sik tauk cmney mok mdh ngn
kitak.kmk syg kitak gilak2 . tp , uhmm :'( :'(
puihhh siak nie kentut bau kuning
telur !!
Sekuat manapun seorang lelaki pasti
akan menitiskan air mata kalau matanye dicucuk. Haha
amboii mulut hang ! berbiso ! behave
laa, ko tu pompuan. :) *by the way, thanks sebab sedekahkan pahala kat
saya.suko sangat :D
adakah menari smpe tmuntah2 ahhaha
mabok sik juak
6 ulasan:
teringin hendak ke sini ^_^
Kalau ada kemahuan..pasti ada jln..inshaa allah ..
hello...
Anda dan keluarga bercuti di Miri ? Kami dar HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Miri dengan harga yang berpatutan . Sewa untuk kegunaan di Miri-Brunei boleh di atur
Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapat harga yang terbaik di pasaran!
www.hrbcarrental.com
Sajian warisan kt mana skrg.. Dulu ada kt luak
[: ♥♥♥ Saranghaeyo ♥♥♥ :] sekrg 3 tempat Sajian Warisan ..1. Permaisuri Mall 2. Tajung Lobang 3. di Permyjaya
Catat Ulasan