NANA SHEME: Artis remaja youtube yang kini popular...

Zaman sekarang ramai artis-artis baru muncul dalam media youtube. Tidak
menghairankan ramai artis-artis baru tumbuh macam cendawan dan bagi yang
mempunyai suara yang mantap serta persembahan yang menarik akan dapat
mempengaruhi penonton-penonton youtube seterusnya menjadi peminat setia atau
idola mereka dan akhirnya mambuat album. Artis-artis terkenal di Malaysia yang bermula
dari cover media youtube ialah seperti Najwa Latif, Neeta, Ainan Tasneem, Tasha
Mashahar dan ramai lagi.



Pada permulaannya, Nana Sheme memuat turunkan
cover video nyanyian di youtube sebagai hobi dan sekarang Nana Sheme telah
merakam sebuah lagu sendiri untuk pendengar serta peminat-peminatnya iaitu
bertajuk “Permintaan Hati”. dari Life Records Malaysia. Nana Sheme pernah
mengadakan persembahan yang kecil-kecilan tahun 2008-2009. Persembahan besar
yang Nana Sheme juga pernah ikut ialah menyanyi
live di Dataran Merdeka, Konsert 3 buah negara pada tahun lepas (Ogos 2013) dan
merupakan persembahan pertamanya di hadapan penonton yang ramai, katanya. Nana
Sheme juga telah menerima kata-kata semangat instagram dari Firman Siagan penyanyi
Indonesia.
Cover Nana Sheme yang terbanyak ditonton ialah
lagu “She Will Be Love” , 868,276 tontonan, diikuti Price Tag (cover) 649,925
tontonan dan lain-lain dalam ratusan ribu tontonan juga.
AK malas nak tuliskan
sini dan lihat sendiri link berikut:
Biodata Nana Sheme;
Nama Sebenar: Nur Nabilah Binti Hashimi
Tarik Lahir: 20 Mei 1995 (Zodiac:Taurus)
Tempat tinggal : Kuching, Sarawak
Pendidikan Menengah: SMK St Teresa, Kuching
Pendidikan Semasa : UITM- Samarahan -Bidang
Pembinaan
Permulaan Youtube Upload: 16 Februari 2011
Lagu Rakaman Pertama: Permintaan Hati
Nana Sheme juga membuat pertandingan cover lagu atau
perody ‘Permintaan Hati’ untuk peminat-peminatnya dan pemenangnya akan menerima
hadiah yang istimewa. 5 Cover lagu yang mendapat ‘Like’ terbanyak akan di bawa
makan malam bersama Nana Sheme serta 1 cabutan bertuah bagi menentukan siapa 5
cover yang terpilih untuk memenangi hadiah istimewa...keputusan akan diumumkan
pada bulan Mei nanti. Sesiapa nak ikut serta , buat cover atau perody lagu ‘Permintaan
Hati’. ..nak tahu hadiah boleh pergi ‘link’ sini. : http://www.nanasheme.com/contest/
AK.. kalau ikut menyanyi, tak ada peluang bagi peminat yang lain
nanti, terlampau merdu sangat suara..menangis ko rang kang....hiii..hiii..
Lagu Terbaharu: Permintaan Hati
AK: Suka lagu Cover Nana Sheme "Hanya Ingin Kau Tahu" -(Republik)
Lagu Terkini Nana Sheme - Boleh Blah 2015
2 ulasan:
Eleh....exist lgi sdp dripda nana sheme ni.
Catat Ulasan