Sabtu

Melissa Francis-Top5 ABPBH,siapakah dia?

Melissa Francis: Top 5 ABPBH-Artis Wanita Stailo, siapakah dia..?


       Dalam ramai-ramai artis Top 5 ABPBH2012, mungkin peminat akan tertanya-tanya siapakah Melissa Francis..? Orang luar negarakah, negara mana ? tak pernah dengar pun..mungkin begitu pandangan sebilangan orang ramai...tak gitu...Baiklah, di bawah ini Ak terangkan sedikit sebanyak maklumat tentang Melissa Francis . Sebelum itu Melissa Francis akan bersaing dengan artis-artis terkenal tanah air seperti di bawah. dan bukan calang-calang artis ....

Kategori ABPBH2012:


Artis Wanita Stailo                              

1. Lisa Surihani
2. Yana Shamsudin
3. Melissa Francis
4. Nora Danish
5. Stacy


Tarikh tutup undian pada 13 Mac. Ak harap pengundi akan mengundi mengikut kategori dan bukannya pada populariti artis. Bagi Ak pula, Ak minat artis yang senang dan tenang jiwa Ak tengok..seperti........biarlah rahsia weiii...:)

Siapakah Melissa Francis..?


Melissa Francis (27) ialah seorang penyanyi lagu Iban yang sangat terkenal di Bumi Kenyalang , Sarawak. Dia adalah anak yang tua dalam lima adik beradik. Keluarganya yang berasal dari Sri Aman dan sekarang Melissa Francis mendapat pendidikan  di Open Universiti Malaysia (OUM) dalam Bidang Bachelor’s Degree In Business Admintration.
Melissa telah merakamkan album Iban sejak tahun 2003 dan  hingga sekarang telah merakamkan 5 album. Dalam banyak-banyak album, album Iban ‘Berserara Enggau Ai Mata’ telah terjual sebanyak 10,000 unit dalam masa 2 minggu dan merupakan jualan yang membanggakan seseorang artis Lagu Iban. Populariti Melissa meningkat dengan ketara pada 2011.

Antara anugerah yang telah diterima oleh Melissa Francis ialah:


1. Artis Wanita Terbaik (Best Female Artist) – DAMA 2008
2. Anugerah Pakaian Terbaik (Best Dressed Award) – DAMA 2008

3. Lagu Paling Popular (Most Popular Song) -Mutus Ati – AJARR 2011

4. Anugerah Suara Terbaik (Best Vocal Award)– AJARR 2011

5. Artis Wanita Terbaik (Best Female Artish)– DAMA 2012

6. Pop Balada Terbaik (Best Pop Ballad) – DAMA 2012

Kredit: Alberto/Melissa Francis

Melissa Francis juga sangat sibuk dengan jemputan persembahan di sekitar Sarawak. Boleh dikatakan juga kalau ada persembahan  pentas di sekitar Sarawak, Melissa Francis pasti ada.








Ok, AK harap peminat-peminat dan orang ramai yang masih ‘blurr’ siapakah dia Melissa Francis akan berpuas hati. AK dulu pun pernah ikut bertanding  ‘Raja Batik’ peringkat kampung..tetapi tak terpilih Top 5...kalau Top10 mungkin AK ada peluang pasal yang bertanding hanya 13 orang jer...hii..hiii











Siapa nak tengok video









Tiada ulasan: