Sabtu

Siapa dia Junior Eldstal yang menarik minat OKS

Siapa Junior Eldstal ~ pemain Sarawak FA ?






           












   
       Dia dilahirkan pada  16 September 1991 di Visby , Sweden dan mempunyai ketinggian 1.87 meter bersamaan 6 kaki 1 1/2 inci.  Ketinggian dan kelajuan adalah aset terpenting dalam permainan bola sepak. Ketua jurulatih  Sarawak Robert Alberts mengakui dirinya berminat untuk mendapat pemain baru iaitu anak kelahiran Malaysia (Sabah), Junior . Dia bukan pemain import luar. Eldstal yang dulu bermain dengan salah sebuah pasukan dalam Liga Bola Sepak Vauxhall di England. Penyerang muda berusia 22 tahun itu telah menjalani ujian selama seminggu dan berjaya menarik minat Robert Albert.





                Asal ayahnya adalah orang Sweden dan ibunya orang Sabah. Nama Malaysia dia ialah Putera Nadher. AK pun tak pasti samada ejaan nama itu betul atau salah. Mempunyai passport antarabangsa Malaysia yang akan didaftarkan beliau sebagai kuota pemain tempatan dan bukan pemain import. Bermain di posisi bahagian pertahanan dan midfielder. Dia pernah bermain dengan pasukan Slimbridge F.C dalam Vauxhall Football League di England. Berkebolehan bermain dalam dua posisi iaitu pertahanan dan pemain tengah amat perlu dalam sesebuah pasukan yang mana dia boleh menggantikan pemain-pemain di kedua-dua posisi tersebut. 

         Mungkin ramai daripada rakyat kita tidak mengetahui nama Liga Vauxhall di England. Junior Eldstal telah dipanggil untuk memantapkan pasukan Harimau Muda untuk kejohanan Peringkat Universiti di Russia tetapi dia memohon untuk membantu pasukannya  Sarawak dalam meneruskan sisa-sisa perlawanan sehingga habis Liga Perdana. Kemungkinan kita akan dapat melihat kelibat permainan Junior Eldstal untuk kejohanan Sukan SEA nanti.

5 tweet yang terpilih dalam blog AK

Purple is ungu, Blue is Biru, May heart say Love you, my feeling say Miss you. Two is Dua, One is satu. What can I do ? I love you selalu :)

Aku tok apa jak ada, nak dipadah Kacak sik juak. Nak dipadah pande sik juak. Bersyukur Oo

Guess need to spamming vitamin c drinks to halt the sore throat. God. Dear haze, please go away. I can't afford to fall sick now.


Buka buku teks sejarah --► Cikgu suruh buka m/s 56 --► Nampak ada muka pahlawan --► Tambah misai dan janggut. # Budak Sekolah ! :D

i need to sleep. juling mata nangga hp :O hihi sleep tight sleepy head :)









Tiada ulasan: