Sabtu

Artis Baru Dari Youtube ~ Nana Sheme, siapakah dia ?

NANA SHEME: Artis remaja youtube yang kini popular...




Dalam bidang seni nyanyian sekarang, timbulnya penyanyi-penyanyi baru dalam pelbagai cara samada melalui rancangan realiti tv, pertandingan-pertandingan nyanyian peringkat besar, pemuzik jalanan dan sebagainya. 
Zaman sekarang ramai artis-artis baru muncul dalam media youtube. Tidak menghairankan ramai artis-artis baru tumbuh macam cendawan dan bagi yang mempunyai suara yang mantap serta persembahan yang menarik akan dapat mempengaruhi penonton-penonton youtube seterusnya menjadi peminat setia atau idola mereka dan akhirnya mambuat album. Artis-artis terkenal di Malaysia yang bermula dari cover media youtube ialah seperti Najwa Latif, Neeta, Ainan Tasneem, Tasha Mashahar dan ramai lagi. 

Seorang lagi bintang youtube yang sedang meningkat naik kelahiran Bumi Kenyalang Sarawak yang akan menambahkan kerancakan musik  tanah air ialah Nana Sheme atau nama sebenarnya ialah Nur Nabilah Binti Hasyimi.
Nana Sheme (19) dah mula bergiat dalam cover youtube sejak  beberapa tahun lalu. Nana Sheme telah serius dalam bidang nyanyian ketika usianya 13 tahun. Lagu-lagu cover Nana Sheme dalam pelbagai bahasa iaitu cover lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Cover lagu Nana telah dapat perhatian penonton yang memberangsangkan dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia malah dari luar negara Asean. Malah ada yang menganggap Nana Sheme berasal dari Indonesia. Cover lagu-lagu nyanyian Nana Sheme telah mendapat ratusan ribu ‘Like’ daripada pendengar youtube. Nana Sheme sekarang masih lagi menuntut di IPT tempatan dan sambil itu juga menerima undangan-undangan nyanyian. Nana Sheme selain pandai bermain gitar, dia juga pandai bermain piano. Nana belajar piano sehingga usia 9 tahun. Kelunakan suara dan kefasihan bahasa ketika membawa cover lagu-lagu Inggeris telah menarik minat ramai kaki-kaki youtube. 


Pada permulaannya, Nana Sheme memuat turunkan cover video nyanyian di youtube sebagai hobi dan sekarang Nana Sheme telah merakam sebuah lagu sendiri untuk pendengar serta peminat-peminatnya iaitu bertajuk “Permintaan Hati”. dari Life Records Malaysia. Nana Sheme pernah mengadakan persembahan yang kecil-kecilan tahun 2008-2009. Persembahan besar yang  Nana Sheme juga pernah ikut ialah menyanyi live di Dataran Merdeka, Konsert 3 buah negara pada tahun lepas (Ogos 2013) dan merupakan persembahan pertamanya di hadapan penonton yang ramai, katanya. Nana Sheme juga telah menerima kata-kata semangat instagram dari Firman Siagan penyanyi Indonesia.



Cover Nana Sheme yang terbanyak ditonton ialah lagu “She Will Be Love” , 868,276 tontonan, diikuti Price Tag (cover) 649,925 tontonan dan lain-lain dalam ratusan ribu tontonan juga. 


AK malas nak tuliskan sini dan lihat sendiri link berikut:


Biodata Nana Sheme;
Nama Sebenar: Nur Nabilah Binti Hashimi
Tarik Lahir: 20 Mei 1995 (Zodiac:Taurus)
Tempat tinggal : Kuching, Sarawak
Pendidikan Menengah: SMK St Teresa, Kuching
Pendidikan Semasa : UITM- Samarahan -Bidang Pembinaan
Permulaan Youtube Upload: 16 Februari 2011
Lagu Rakaman Pertama: Permintaan Hati
Nana Sheme juga membuat pertandingan cover lagu atau perody ‘Permintaan Hati’ untuk peminat-peminatnya dan pemenangnya akan menerima hadiah yang istimewa. 5 Cover lagu yang mendapat ‘Like’ terbanyak akan di bawa makan malam bersama Nana Sheme serta 1 cabutan bertuah bagi menentukan siapa 5 cover yang terpilih untuk memenangi hadiah istimewa...keputusan akan diumumkan pada bulan Mei nanti. Sesiapa nak ikut serta , buat cover atau perody lagu ‘Permintaan Hati’. ..nak tahu hadiah boleh pergi ‘link’ sini. : http://www.nanasheme.com/contest/


AK.. kalau ikut menyanyi, tak ada peluang bagi peminat yang lain nanti, terlampau merdu sangat suara..menangis ko rang kang....hiii..hiii..













Lagu Terbaharu: Permintaan Hati
AK: Suka lagu Cover Nana Sheme "Hanya Ingin Kau Tahu" -(Republik)













Lagu Terbaharu Nana Sheme ~Hantu Atau Buaya









Lagu Terkini Nana Sheme - Boleh Blah 2015

Cover penyanyi youtube lain yg AK minat ialah 'Fatin Majidi'


3 ulasan:

Muji Anto berkata...

http://myfunnyvideo.org
http://gambarawekmelayu.com
http://ceritalawakgiler.blogspot.com

Recommended Youtube Video For You!
* Tarian Giler
* Siapa tak ketawa memang tak normal
* Pembaca Berita Terlampau
* Cuba Jgn Gelak

VLad KaMiL berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Encik Misteri berkata...

Eleh....exist lgi sdp dripda nana sheme ni.