"Saya ingin memohon maaf" Lisa
Pelakon Lisa Surihani
tidak pernah berniat untuk meminggirkan para peminat yang ingin mendekatinya di
sebuah lokasi penggambaran sehingga dituduh sombong.
Lisa, 26, berkata,
insiden dia dikatakan enggan bergambar dengan peminat bukanlah sesuatu yang
disengajakan kerana ketika itu di sedang menjiwai watak untuk drama Di Mana Hilangnya Juwita di sebuah balai polis sekitar Kuala Lumpur.
"Secara jujurnya
saya tidak berniat untuk menunjukkan sikap sombong kepada sesiapa pun dan
kepada mereka yang terasa hati saya ingin memohon maaf.Kejadian itu
bukan disengajakan kerana saya sedang memberikan tumpuan kepada penggambaran
tambahan pula watak yang saya pegang agak berat.Sesiapa yang
mengenali saya pasti tahu sikap saya yang sebenarnya,"