Selasa

RIBUT MELANDA BANDARAYA MIRI

MIRI: Dilanda ribut kencang...



          Cuaca yang panas terik tiba-tiba berubah menjadi ribut yang kencang, hujan lebat serta kilat dan guruh berdentum. Fenomena ini jarang-jarang sekali berlaku. Banyak bangunan-bangunan yang rosak serta pokok yang tumbang. Atap-tap bangunan berterbangan seperti bangunan sekolah agama SK Agama Miri, bangunan pusat membeli belah Boulevard Miri,Bangunan belajar memandu yang bersebelahan pusat beli belah Boulevard. 


        Keadaan ribut tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas. Banyak pokok-pokok yang tumbang dan menghempap kenderaan serta motosikal orang ramai yang pakir. Daripada sumber maklumat orang ramai, kejadian yang tidak disangkakan itu juga telah banyak menyebabkan kerosakkan pada alat-alat media elektronik dan elektrik seperti televisyen, pemancar wireless (rumah) dan sebagainya . Salah seorang kawan AK pun mengalaminya. Set televisyen dan pemancar wireless(rooter) rosak.

         Adakah fenomena  tersebut akibat tempias dari ribut yang melanda negara jiran kita Filipina ? Kita hanya akan menunggu hasil laporan dari pihak yang berwajib berkenaan dengan kejadian tersebut.




  



  

Aman cuaca macam ini


AK: Kalau hujan terlampau lebat..AK akan cari tempat berselindung..jangan sesekali bawah pokok..nahas nanti..

Gambar:-
 Kredit to: :Miri4ever.Net: Ribut Melanda Bandaraya Miri


Tiada ulasan: