Ahad

Kareena Enggan Menukar Agama Setelah Kahwin


Nak kahwin jer.. : -lain negara lain pulak caranya .....
















Aktres Kareena Kapoor yang bakal menamatkan zaman bujangnya  dengan pelakon Saif Ali Khan pada 16 Oktober ini memutuskan tidak memeluk Islam.
Kereena juga dilaporkan tidak akan menukar namanya dan mahu kekal dengan nama asalnya tersebut.
Saif Ali sendiri menjelaskan dia tiada masalah untuk menerima Kareena dengan agama asal aktres tersebut dengan alasan menhormati agama lain.
“Saya tidak mahu paksa dia untuk menukar agamanya. kalau boleh saya mahu kerajaan meminda  undang-undang  terutamanya Akta Perkahwinan Kasta agar sesiapa yang hendak berkahwin tidak perlu menukar agamanya” ujar Saif Ali kepada Mail Today
Sebelum ini kesemua perkahwinan  berlainan agama dalam keluarga Pataudi memerlukan pengantin wanita untuk masuk islam bagi upacara akad nikah
Ibu Saif Ali sendiri,  Sharmila Tagora yang merupakan keturunan Banggali  memeluk islam untuk bernikah dengan ayah saif Ali, Mansur Ali Khan
Sharmila yang juga pelakon itu turut meempunyai nama islam iaitu Ayesha Begum selain mengunakan nama asalnya.
Majlis perkahwinan Saif Ali  dan Kareena  akan diadakan di istana  Pataudi. bagaimanapun pihak mengantin belum memutuskan sama ada untuk melakukan majlis mengikut tradisi hindu atau syariat islam....

Rabu

Aaron Dan Syamsul bergaduh....????


Asyik gaduh jer....apa hal nie...?








Pelbagai cerita sekarang kita dah dengar dari media2 canggih...gaduh sana sini dalam twitter, facebook, majalah dan sebagainya....Sekarang heboh pulak dengan berita Aaron buktikan nama sebenar,, Syamsul senyap sepi..dan yang terbaharu pula , mereka berdua nie pulak sibuk Aaron Aziz dan Syamsul 'bergaduh' dalam facebook...isshhh...ishhh..isshhh....

Tak caye, cuba lihat dalam post facebook nie....
Dialog gaduh mereka berdua..

Suspen....!!!! .Untuk pengetahuan umum, 'pergaduhan' mereka nie hanyalah lakonan babak dalam cerita KL Gangster 2 yang akan ditayangkan nanti..tapi tak tahu bila pulak tarikh tayangannya...Filem pertama KL Gangster dulu telah mendapat hasil kutipan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM12 juta...adakah filem KLG2 nie akan dapat mencecah angka 12 juta....kita tunggu saja nanti....


http://infoterkiniterbaharuterpanas.blogspot.com/

Syapp..siattt...waachhaaa...





Greeerrrrr......

Selasa

Anzalna Nasir mohon maaf pada Neelofa....damai

Damai...damai...akhirnya...

"Dan dengan ini saya sekali lagi memohon maaf pada Neelofa..saya tak nak benda nie berpanjangan kerana ia akan mengaibkan ramai orang...." kata-kata Anzalna



       Perselisihan faam antara 2 pelakon ini akhirnya berkesudahan dengan pengakuan maaf daripada Anzalna pada Neelofa pada majlis rasmi di Hotel Royal Bintang disaksikan kedua-dua peguam mereka. Anzalna juga sanggup memenuhi kesanggupan bersyarat dalam perjanjian tersebut...tak tahu apa benda syarat2 mereka tu...bagi artis2 baru sekarang, berhati-hatilah mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan kalau tak ada bukti yang kukuh.....silap2 saman menyaman jadinya..

.
 Rujukan sumber Harian Metro:

http://www.youtube.com/watch?v=0CHohFc1muA&feature=player_embedded

Isnin

Nama sebenar Aaron Aziz...!!

Aaron Aziz buktikan nama sebenarnya...bukan Mat Haron..

Aaron Aziz

        Baru-baru ini kita dihangatkan dengan nama sebenar Aaron Aziz tersebar dalam internet dan bagi mengesahkan hal tersebut, tuan punya badan terus membuktikan perkara sebenar. Aaron Aziz menunjukkan nama sebenarnya pada ic nya untuk membuktikan bahawa nama sebenarnya adalah Aaron Mustapha Bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa...ic tersebut telah diedit menurut Aaron. Beliau mendedahkan semua ini kerana nama tersebut (Mat Haron ) menjadi bahan lawak dan menghangat berita di internet. Dengan pembuktian tersebut,(ic sebenar), ianya akan dapat membersihkan namanya. Opppps...sekarang nie  Aaron Aziz dan jadi warga Malaysia..Bertambah hangatlah industri perfileman negara. Majulah seni perfileman negara...