HALAMAN

Rabu

Ramai tertipu oleh kehilangan remaja di Misteri Villa Nabila

  MISTERI KEHILANGAN DI "VILLA NABILA" TERUNGKAI ...          















Heboh satu Malaysia misteri kehilangan 23 orang daripada 30 org remaja yang memasuki Villa Nabila yang lama tersadai di Johor. Pelbagai cerita dan tafsiran oleh penduduk setempat dan rakyat Malaysia tentang kehilangan remaja tersebut. Yang hilang hanya seorang , itupun dia Izzat Izzudin Hussin ,(16 tahun) telah balik mengikut kawannya. Dia telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa bersama rakan perempuannya di Flat Desa Mutiara,Bandar Dato Onn,JB. Ramai yang telah mentafsirkan yang Izzat telah disembunyi oleh makhluk halus atau "Hantu Nabila".

Siaran cerita dari laman sosial yang berleleluasa dalam satu hari ,telah menghangatkan lagi cerita misteri kehilangan. Ada yang telah menerangkan pelbagai versi cerita asal usul kisah kewujudan Villa Nabila ini dan AK tak salahkan mereka. Rakyat kita memang suka mendengar cerita sensasi sebegini. Telahpun kita ketahui "Villa Nabila " ini adalah top 5 dalam dunia  tempat-tempat yang berhantu.

AK pun tak terkecuali dari mengikuti cerita 'Villa Nabila' dan pun kena "kencing" jugak..haa.haa... Ikhtibar daripada peristiwa tersebut..,keluarga harus melihat dan tahu di mana anak-anak mereka berada pada waktu malam. Jangan nanti benda ini betul-betul terjadi barulah kita akan menyesal.
 Syabas kepada pihak polis kerana telah menutup kawasan 'Villa Nabila" ini. mencegah awal lebih baik, takut tempat tersebut dijadikan tempat membuat maksiat pula.
Selain daripada itu, ada yang memberitahu keadaan  22 org remaja yang telah keluar dari villa tersebut dalam keadaan yang tidak ketentuan..atau meracau ?..tetapi menurut Izzat semua itu tak benar. Mereka masuk ke Villa Nabila kerana bosan dah di bandar. Kami seramai 30 orang pun pergi ke villa tersebut dan selepas setengah jam mereka keluar ikut jalan belakang(berdepan kawasan Istana Bukit Serene) dan ke McD serta bersolat di Masjid Kolam Air bila subuh. Selepas itu kami balik dan saya ikut kawan saya balik bersama seorang lagi rakan perempuan,katanya. Dia tak balik takut dimarah orang tua. Sekarang kita dah jelas akan kejadian yang sebenar di Villa Nabila". 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak admin blog ini tidak bertanggungjawab pada setiap pandangan dan pendapat yang ditulis oleh penulis. Ia adalah pandangan peribadi individu dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian admin.