Jumaat

Miss World Malaysia~Dewi Liana Seriestha (Mentor 1) , Siapa dia ?

Dewi Liana Seriestha , keturunan Bidayuh Sarawak mempunyai pelbagai bakat dan kebolehan yang jarang dikuasai oleh artis lain (All Rounder) .

      



Mungkin ramai yang kurang mengenali nama dia  walaupun telah lama menceburkan diri bidang seni dari tahun 2005 hingga sekarang. Dengan pencapaian terbaharu sebagai Miss Malaysia World 2014, sedikit sebanyak orang ramai mula mengenali DEWI LIANA SERIESTHA yang tinggi lampai. Namanya persis nama orang Indonesia.

Biodata:Dewi Liana Seriestha      

Lahir: 7 hb September 1989  di Kuching,Sarawak
Adik Beradik: Anak ke 3 daripada 4 orang dan yang paling tinggi
Tinggi : 179cm
Ibu/Bapa: Ibu-Catherine Noep Bidayuh (Bau), Bapa-Yudhi Seriestha berketurunan Indonesia (Bandung)
Penglibatan pertama: Menyertai pertandingan Kuching Junior Karaoke ketika usia 10 tahun pada tahun 1999 dan menjadi juara. Pada usia 16 tahun (2005) ,dia menyertai Mentor 1. Tahun 2006-2014,Dewi Liana banyak melibatkan diri dalam bidang seni di Semenanjung. Dewi juga pandai bermain gitar. Dengan bantuan dan dorongan bapanya yang juga seorang pencipta, pemusik dan komposer lagu telah memudahkan Dewi Liana mendalami musik.

Bersama bapanya Yudhi Seriestha
 (https://www.youtube.com/user/GANGSTUNDS )


Bakat yang ada pada Dewi Liana Serestha:-

1. Menyanyi (pelbagai rentak spt jazz, klasik,pop dan termasuk boleh menyanyi lagu Opera dalam pelbagai bahasa)
2. Pelakon
3. Penulis / Pencipta Lagu
4. Modeling
5. Boleh bermain muzik (Gitar)

Menyambung belajar di National Academy Of Arts ,Culture And Herritage (ASWARA) pada tahun 2011 dan belajar lagu-lagu Opera Klasik di bawah pensyarah yang terkenal Syafinaz Selamat. Selain lagu klasik, Dewi juga membawa lagu berentak pop dan Jazz.

Lagu pertama yang di bawa oleh Dewi semasa Mentor 1 dulu adalah "Melodi Ku" dan boleh dilihat di youtube Link :http://www.youtube.com/watch?v=nP7HilMaUv4

Pencapaian Dewi Liana Seriestha sepanjang menceburi bidang industri hiburan dan modeling.

A. Bidang Nyanyian

 - Juara Kuching Junior Karaoke ketika usia 10 thn pada tahun 1999
- Menyertai pertandingan Mentor 1 pada  2005 dan finalis termuda ketika itu. Usia baru 16 tahun. Anak didik Liza Hanim

- membuat persembahan bagi acara-acara yang dianjurkan oleh pihak televisyen seperti Astro, Tv3, RTM(Tv1/Tv2),Tv8,Tv9 dan Tvi, Musik Aktif Astro dan sebagainya

- Membuat persembahan bagi acara-acara formal negara dan negeri-negeri oleh VIP negara.

- Memenangi 4 anugerah di Los Angeles termasuk Miss Talented dan Best Classical Singer 2014

B. Bidang Lakonan

- Drama terbitan RTM bertajuk "Kembali"sebanyak 13 episod yang ditayangkan pada 2010 

- Drama terbitan RTM bertajuk "Nilai Cinta Diana" sebanyak 13 episod juga yang ditayangkan pada 2011.Link http://www.youtube.com/watch?v=OpGKi_s_CAI

- Telemovie "Patung Cinta"di TVi

-  Games Chows Aqua Extreme 2013

C. Bidang Modeling 

- Pertama menyertai pertandingan Miss Fair and Lovely Beauty Pageant pada 2010 dan mendapat tempat First-runner up dan boleh lihat acara tersebut di Link:http://www.youtube.com/watch?v=gLmJsLDzDLg



2014 , Menyertai Miss Malaysia World di Corus Hotel Kuala Lumpur dan dinobatkan sebagai Juara Miss Malaysia World 2014 seterusnya akan mewakili negara pada peringkat Miss World pada bulan Disember nanti.

Antara kata2 Dewi ketika pengumuman keputusan kemenangannya pada pertandingan Miss Malaysia World 2014 ialah; 

"I DID NOT HEAR MY NAME AS FROM WHERE I STOOD, THE ACOUSTICS WERE BAD AND THE AUDIENCE WAS SO NOISY SHOUTING BOB'S NAME AS WELL AS MINE. I WAS UNSURE IF I HAD WON UNTIL MELINDA CAME TO ME WITH A BIG SMILE. AND YES, BASED ON MY TALENT AND HEIGHT OF 179 CM, I WAS HOPING TO WIN! THIS IS ONE NIGHT I WILL REMEMBER FOREVER”
Melinda Bhullar (2013 Miss World Malaysia)


Kita berharap pada pertandingan Miss World 2014 pada bulan November nanti, Dewi akan dapat mengharumkan nama negara dan Sarawak  khususnya bagi kaum Bidayuh, dan sekurang-kurangnya Dewi dapat top 10 finalis pada pertandingan itu nanti.


* AK sempat juga bergambar dengan Miss World Malaysia tapi yang tak bestnya AK bawah telinganya jer..Mak oii tinggi lampai 179cm dengan kasut "killer heel" .. memang tinggi..Pic AK blur . :)





2 ulasan:

nur helmy berkata...

klik disini..

aljukimong@ AK berkata...

Thanks Nur Helmy 👍