Jumaat

Tasha Shilla Dan Awie kecewa..!!!

Tasha Shilla nafi dan Awie kecewa..!!

   

      Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak (25) berasa kecewa dengan tuduhan yang dia melakukan aksi ghairah ketika menari berada di sebuah kelab malam waktu menyambut ulang tahun kelahirannya pada 25 Januari lalu. Tasha bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa. Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat. Sabar ajelah Tasha... mulut manusia bukannya dapat di 'silent'... Kalau nak AK diamkan mulut dia orang,..nanti AK beli gam 'Super Glue" hii..hiii..



"Sebagai seorang selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam. Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dengan nada kesal.



"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan. Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar," katanya yang enggan mengulas lanjut.
AK harap Tasha berhati-hati ..kerana selebriti menjadi perhatian masyarakat..kalau tak nak dengar mulut2 'burung tiong'..jangan jadi artis terover...jadi 

                     Assalammualaikum....                     .


AK teruskan dengan cerita penyanyi rock Kumpulan Wings...siapa tak kenal Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, (45). Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, Awie sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu. 


Awie   berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.



“Teruk sangat ke buka kelab malam ?, Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya ? Sedangkan benda ini bukannya baharu. Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan ? luahan Awie dengan kecewa. 

"Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.






AK nak buat bisnes kilang roti 'Mary".. nyummm..nyumm..



Tiada ulasan: