Ahad

Peter Butler: George Boateng akan menjadi kapten bersama pasukan T-Team

Peter Butler: George Boateng dan Caleb Folan bersama-sama dalam pasukan T-Team Titans 2013  Liga Super Malaysia





        Peter J. Butler (46) telah menjadi jurulatih di 5 buah negara, England, Autralia, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Butler yang berasal dari Halifax-England. Telah bermain sebanyak 450 perlawanan semasa kariernya sebagai pemain bola sepak. Pembabitan pertama beliau bersama Hudderfield Town 1984-1986 dan pasukan terakhir ialah Sorrento FC. Beliau juga pernah bermain bersama kelab BPL terkenal iaitu West Ham Utd dan West Bromwick Albion.  

        Jurulatih yang terkenal dengan kontroversi semasa mengendalikan pasukan Kelantan dan Terengganu. Sekarang beliau menjadi jurulatih skuad T-Team (The Titan) pada sesi Liga Super Malaysia 2013. Kejayaan awal Peter Butler ketika menjadi jurulatih di Malaysia ialah semasa beliau membimbing pasukan Sabah FA (2002-2004) dan telah mengangkat pasukan Sabah FA ke final Malaysia Cup 2003 tetapi tewas 0-3 kepada Kelab MPPJ ,jaringan hatrik dari Juan Manual Arostegui.

    Peter Butler sekarang memimpin pasukan T-Team FC-Titans. Pasukan T-Team sekarang telah mengambil 2 pemain import iaitu George Boateng (37) kelahiran Ghana, warganegara Belanda  dan Caleb Folan (30) dari Leeds, England. 
George Boateng pernah bermain dengan kelab-kelab ternama seperti Feyenoord, Coventry City, Aston Villa, Middlesbrough-(penampilan terbanyak), Hull City dan Nottingham Forest  dan pernah mewakili pasukan Belanda. 





Manakala Folan pula juga pernah bermain untuk pasukan, Hull City, Birmingham City, Wigan Atheltic, Chesterfield FC -(penampilan terbanyak) Colorado Rapids -USA dan pasukan negara Republik Ireland. Folan dan Boateng pernah bermain bersama semasa mereka bersama Hull City dan lantaran itu persefahaman mereka tidak menjadi masalah dalam T-Team FC.




Dalam Piala Liga Super Malaysia nanti, Boateng akan menjadi kapten bersama dengan Marzuki Yusuf. Pada masa sekarang Marzuki masih mengalami kecederaan dan mungkin tidak dapat diturunkan semasa perlawanan pertama menurut Butler.


Kita akan sama-sama melihat nanti adakah Peter James Butler akan dapat membawa kecemerlangan dan kejayaan dalam memimpin pasukan barunya T-Team Titans seperti kejayaannya dalam membimbing pasukan Sabah FA -(Sabahawks) 2003. Sekarang Sabah dipimpin oleh dari jurulatih Ireland Utara, David McCreery.

AK hanya pernah melatih budak-budak sekolah rendah peringkat negeri jer...senang bagi arahan dengan budak-budak serta stamina mereka memang 'power' ....tahan lasak....tapi yang penting 'basic football' perlu diterapkan dulu.




Tiada ulasan: