Sabtu

Nekonyapii Lisa (Lisa Ring) - Wajah Animasi dari Jerman

Wajah yang menambat hati peminat-peminat filem animasi...










Sesiapa yang meminati rancangan animasi Jepun tentu sudah biasa dengan bentuk rupa dan wajah-wajah kartun tersebut. Ianya mempunyai mata bulat dan besar serta hidung yang mancung dan menarik. Tetapi adakah kita tahu di dalam wajah manusia juga ada terdapat bentuk wajah yang menyerupai watak-watak animasi tersebut. Bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah filem animasi Jepun atau kartun barat tersebut pasti akan menjadi daya tarikan masyarakat dunia. 





















            Negara Jepun sangat kreatif dalam mencipta watak kartun animasi seperti Bakugan, Dragon Ball, Bleach, Shakugan No Shana, Power Brain,  The Law of Ueki, Yu Yu Hakusho, Samurai 7, Hungry Heart, Dr Dokkiri ,Paradise Kiss, Gokusen, Alice Academy, .Hack/Sign, Absolute Boy ,Honey And Clover , Teenage Goddess (Biasa) dan banyak lagi. Tentu anda tahu dan mengenali cerita-cerita animasi tersebut
.
             Sekarang ramai peminat-peminat filem animasi ini mengubah rupa diri seperti watak-watak dalam cerita tersebut samada watak dari cerita kartun barat atau kartun timur. Antaranya seperti  Anastasiya Shpagina yang telah mengubah dirinya menjadi karakter kartun. Anastasiya juga kini menggunakan nama Jepun iaitu Fukkacumi. Gadis Ukraine berusia 19 tahun itu dan tinggi 159 memperoleh inspirasi gaya itu Anastasiya Shpagina juga telah mengubah dirinya menjadi karakter kartun, lengkap dengan pinggang yang ramping dan rambut berwarna terang serta mulut bermuncung. Dakota Rose dari Amerika Syarikat digelar ‘Barbie hidup’ kerana matanya yang besar dan tubuhnya yang kecil. Gadis-gadis lain ialah Bai Fern (Thailand), Alodia (Filipina) Wang Jia Yun (China), Huan Mei (USA),Lhouraii Li, Margeret Palermo, Kenova Anzhelika, Andy Santana, Valeria Lukyanova -Barbie (Russia).

           Dalam ramai yang berkarakter ala kartun tersebut NekoNyapii Lisa ( Lisa Ring / Lisa Rynk) berasal dari Jerman tetapi berdarah campuran Jerman, Poland dan Perancis yang akan diceritakan. Gadis yang berambut coklat dan bermata hijau itu telah dapat menarik minat orang Asia untuk mengenalinya. Ini adalah kerana wajahnya seperti orang Asia dan bertubuh kecil. Sekarang NekoNyapii berusia 19 tahun dan dilahirkan pada 16 Oktober 1994 dan ketinggian 160 cm. Video youtube NekoNyapii di lihat hampir 5 juta kali.

     NekoNyapii Lisa meminati fesyen, gaya rambut, teddy bear, kasut dan sebagainya manakala yang paling dibenci oleh Lisa ialah ‘pemalsuan identiti’ dan orang yang mengumpat dari belakang. Selain daripada itu dia juga ada mengikuti latihan teater selama setahun dan sekarang ingin belajar di sekolah seni. Lihatlah sendiri wajah -wajah jelmaan kartun ini.



Margeret Palermo















NekoNyapii Facebook


Anastasiya Shpagina Facebook

Klip video: NekoNyapii








Ak> Minat Dragon Ball (Goku)..hii..hii         






Tiada ulasan: